Salam semua. Sudah lama saya membiarkan blog saya bersawang tanpa sebarang bahan bacaan untuk semua. Mungkin hanya satu perkataan sahaja yang boleh aku berikan, aku busy, ketika banyak pekara sudah mencapai due date for submition dan juga presentation disini dan disana.
Kali ini aku ingin berkongsi tentang pilihan raya kampus UTP. Seperti sedia maklum, para pelajar UTP tengah “selesema” pilihanraya. Aku tidak boleh meletakkan perkataan demam pada situasi ini kerana pilihanraya UTP selalu hambar kerana tidak mendapat sambutan di kalangan pelajarnya sendiri. Mungkin ini adalah pekara cliché yang setiap kali pilihanraya pasti akan berlaku pekara ini.
Termasuk tahun ini, plihan raya bagi general constitution hanya 6 calon yang bertanding, dan program constitution semua calon menang tanpa bertanding. Bayangkan jarang sekali situasi menang tanpa bertanding berlaku di IPT lain. Mungkin alas an yang ingin diberikan ialah kita IPTS. Kita berbeza dengan IPTA. Mungkin ada kebenaran disitu, tapi kenapa pekara ini sering sahaja berlaku dan semangat pilihanraya tiada dalam diri setiap pelajar UTP termasuk saya.
Secara jujur saya katakan saya tidak suka politik UTP. KENAPA?
1) Saya pernah mengaggotai rakan exco MPPUTP pada satu ketika dahulu. Saya akui saya pernah memasang niat untuk bertanding dan menjadi salah seorang wakil pelajar dan membawa bercita-cita untuk membawa suara pelajar berada ditempatnya tersendiri. Namun saya melihat pelbagai masalah yang berlaku dalam kepimpinan MPPUTP. Saya tidak mengatakan mereka tidak layak untuk menjadi MPP, tetapi cara mereka berkerja tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib dan kebajikan pelajar. Mungkin terdapat banyak halangan untuk memastikan setiap suara pelajar didengari oleh pihak pentadbir.
Namun fungsi MPP masih tidak bergerak disebabkan kegagalan untuk meyakinkan pelajar bahawa MPPUTP adalah badan kebajikan pelajar dan pelajar harus menggunakan MPP sebagai wadah untuk bersuara kepada pihak pentadbir. Mungkin pekara ini indah khabar dari rupa. Masih ingatkah anda, semasa sayaditahun dua dan tiga, pelajar menyalurkan masalah tentang kebajikan mereka terus ke rector kita tanpa melalui MPP. Kenapa? Bukan kah MPP adalah badan suara pelajar? Bukan kah MPP menjaga kebajikan pelajar? Tapi mereka tidak juga menggunkan MPP, kerana pelajar muak dengan MPP tanpa ada tindakan susulan walaupun masalah berlarutan pada masa yang lama. Mungkin untuk menyelesaikan pekara itu mengambil masa yang lama perlu melalui rundingan dan sebagainya. Tapi paling kurang berikanlah penjelasan kepada pelajar. Sehingga pelajar tertanya-tanya apakah status kepada pekara tersebut, sudah ada tindakan atau tidak. Kekal senyap dan sunyi tanpa sebarang berita….
2) Sindrom MPP-RM. Yup saya katakan pekara ini wujud, mungkin ada perkaitan antara dua badan ini. Namun itu bukan masalahnya. Masalahnya wujud ketika kempen pilihanraya. Kalau calon MPP dari RM, penyokongnya sudah pasti ada dikalangan RM. Yang menjadi egen mereka adalah kawan baik calon itu yang mungkin berasal dari RM. Namun, saya tidak menyukai cara mereka berkempen. Kenapa?
Kerana perayu-perayu undi ini bukan mempopularkan calon mereka dengan memberi sebab dan musabab kenapa perlu mengundi calon mereka, malah mereka menggunakan strategi memburukan calon lain untuk merayu undi. Mungkinstrategi ini tidak dilakukan oleh semua perayu undi namun, perayu undi yang datang pada saya ketika waktu muda-muda di UTP dulu pernah lakukan. Bayangkan Sungguh tidak manis dipandang oleh orang apabila kita berketayap, kopiah dan berserban untuk merayu undi, tetiba kita mengutuk dan memburukkan calon lain. Itu adalah satu strategi yang salah dan kotor, sepatutnya perayu-perayu undi ini hanya perlu mempromosikan calon mereka sahaja. Bukan memburukan calon lain. Kalo calon anda hebat, sudah pasti anda Berjaya mempegaruhi pelajar-pelajar untuk mengundi calon anda tanpa perlu memburukan calon anda. Mudah sahaja.
Analogi cukup mudah, kalo anda ingin menjual produk kesihatan anda, anda tidak perlu untuk menceritakan keburukan produk kesihatan yang lain. Cukuplah anda menceritakan kehebatan produk kesihatan anda. Jika betol produk anda bagus, sudah pasti ramai yang membeli. Tidak perlu orang membeli produk anda kerana anda menceritakan keburukan produk lain, walhal produk anda 2X5 dengan produk yang anda buruk-burukan. Cuba anda fikirkan apa kesan kepada pengguna jika membeli produk anda kerana terpenguh dengan keburukan produk lain yang dicanang-canang oleh anda ketika menjual produk tersebut, dan produk anda tidak berkualiti lah pulak!!. Apa akan tejadi,Haru biru la jawapnya nanti.
3) Kebanyakkan event-event diUTP yang dianjurkan oleh MPP sendiri dinominasi oleh kroni-kroni mereka sahaja. Sehingga ada seorang sahabat saya, yang bukan beragama islam berkata, jika saya bukan RM, saya tidak akan dapat masuk mana-mana event dari MPP. Sampai begitu sekali tanggapan negatif mereka. Saya tidak kisah andai ahli-ahli ajk tertinggi mahupun rendah dikalangan RM, tapi pastikan mereka berkelayakan untuk mendapat position tersebut dalam sebuah event. Selalu saya lihat, kekadang HICOM event-event ini, kurang pengalaman untuk menjawat jawatan tersebut, tapi diambil untuk jawatan tersebut dan orang yang layak diletakkan hanya menjadi ahli committee biasa dalam event tersebut. Malah ada yang tidak datang untuk ditemuduga mendapat jawatan yang tinggi seperti head of department(HOD).
Saya tidak kisah andai calon ini layak untuk menjawat jawatan tersebut. Namun mata yang memerhati ini akan menyebabkan hati kita terdetik, “Eh apsal budak nie leh jadi HICOM nieh, sedangkah dia teruk buat kerja, pengalaman pun tak da” dan “ Eh apsal si A tuh tak jadi HOD sedangkan dia banyak kot join event-event sebelom nie”, Kata B kepada C dan didengari oleh D, E dan F.
Apa bila pekara ini berlaku, sudah pasti kepimpinan MPP akan tercalar sedikit. Orang akan berkata, MPP mengamalkan kroni sahaja. Walaupun sistem pemilihan adalah terbuka kepada semua. Kenapa, wujud pekara ini, andai mereka bukan dari kalangan kumpulan anda, dan mereka berkelayakkan untuk menjawat jawatan tersebut, kenapa masih tidak terpilih? Mungkin keputusan ditangan anda dan anda ada berhak untuk memberikan seribu satu alas an kenapa memilih mereka, namun logic akal dan kreteria pengambilan haruslah diutamakan. Gunakanlah motto ini untuk event anda, Jika anda hebat, anda akan terpilih.
4) Sepanjang saya bergelar pelajar UTP hampir genap 4 tahun dan 6 bulan, masalah-masalah sewaktu saya tahun asas, masih berulang tanpa ada penyelesaian. Ini lah sebab dominan yang saya tidak suka dengan pilihanraya UTP. Wakil MPP, silih berganti bertukar. Namun masalah tidak pernah diselesaikan. Mungkin andaian saya, mereka dah menjalankan tugas, namun terdapat halangan-halangan dari pentadbiran yang menghalang untuk pekara tersebut selesai. Mungkin apa yang kita harapkan tidak semua akan tertunai, tetapi ingat hak kita sebagai pelajar, dan hak itu harus setiap pelajar nikmati, maka masalah itu harus diselesaikan. Anda pemimpim kami. Anda bertanggungjwap untuk memastikan hak kami yang membayar yuran setiap tahun boleh dinikmati. Jika masalah masih tidak selesai, sila tampil membuat pengumuman, letak kan di notis board atau pun menggunakan medium anda seperti eleraning dan sebagainya. Mungkin pelajar dapat mengetahui apakah status malasah ini dan bukan hanya senyap tanpa khabar berita.
Mungkin ada dikalangan pembaca nanti mengatakan saya ini cakap banyak je, pergi lah jadi MPP. Jawapan saya mudah, saya tidak layak menajdi MPP. Saya sudah cemin diri saya sendiri. Maka anda yang rasa diri anda layak untuk bertanding, harulah menjalankan tugas dengan baik, jika dipilih. Jangan sambil lewa sahaja, kelak dipersoalan disana nanti.
Namun saya mengharapkan sebelum saya meniggalkan kampus tercinta ini, Wakil MPP yang dipilih kali ini akan mengubah segala persepsi buruk saya pada pilihanraya UTP dan MPP. Mungkin mereka mampu membuatkan saya gembira untuk meniggalkan UTP dan saya boleh berbangga untuk menceritakan MPPUTP best, walaupun kami dari IPTS. Kawan saya dari UPM, merupakan presiden MPP disana, Beliau dikenali ramai seluruh warga UPM dan kepimpinannya amat dihormati dah disegani oleh warga UPM. Kenapa anda tidak boleh lakukan sedemikian. Jika anda dipilih menjadi pemimpin nanti dan membaca penulisan ini, sila berfikir sejenak dan lakukan perubahan. Anda wajib membersihkan nama MPPUTP dari pandangan serong dari masyarakatnya sendiri. Berani menerima cabaran, mesti berani melakukan tindakan.