BIla mood belajar dah deactivated kan dalam diri nie, maka aku akn membuat benda yang aku suker. Yes saya memang suka memasak. Gigih sngt nak memasak dibulan ramadhan ni. Saja jerk nak mengisi masa lapang dan menjamu kawan-kawan. Hari nie aku dibantu oleh Pullah my Rumate @ pembantu dapur 1, dan juga hilal selaku pembatu dapur 2 merangkap cameraman. huhu
kek batik Tronoh
Puding Ros Dicurahkan Koktail Disekeliling.. Pitam jap!!
Menu hari ini ialah KEK BATIK TRONOH dan PUDING ROS diCURAHKAN KOKTAIL DISEKELILING. Matilah nama resepi mcm nama direction jalan. Menangis Chef wan baca nie, Korang mampu ada nama resepi mcm aku buat nieh!!! hahahaha
Pembantu dapur 1 & 2, saudara pullah dan hilal.
proses mengacau bahan-bahan mengelak coklet hangit. HUHU
Proses membuatnya tak lah susah mana pun, senang jer semua benda dah dibeli dipasaraya rahmath, Korang tau tak nama pasaraya nih, kalo tak tau sila pakai google kat komputer anda dan search “pasraya rahmath” k. Semua benda dituangkan dalam kuali jerk. Gaul2kan pastuh masukan biskut merry pastuh letak dalam bekas acuan dan mampatkan seterusnya disejukkan didalam peti ais. huhu. Mudah, senang dan cepat. Resepi rahsia ok tak leh bg tau. Tapi yang penting i tak letak la menderem2 dalam menu i untuk sedapkan resepi i, semua original k. Bulan puasa tak baik tau buat mcm tuh, always nak speku kat i nih.. hahaha. Dah aku nieh memang pandai memasak, apa nak buat. huhuhu
masukan Biskut merry kedalam coklat tadi.
nie la hasilnya. menarik kan!!
Semasa berbuka puasa tadi, aku pun telah menghidangkan kepada rakan2 untuk mereka rasa hasil air tangan aku nieh. Jom kita tengok apa mereka komen kat bawah nie.
PAT:
Sedap giler la mino, rasa coklet dier memang mengagum kan. Pastuh terasa lemak kueh nieh. so aku tambah lagi satu k. Sedap giler!!
Pullah:
kenaper warna kueh nie lain je yang aku beli kat kafe V3. Tapi memang sedap la. Tak sia-sia aku jadi pembantu dappur ko hari nih. huhu
Nik
Sedap la mino. Motip sngt pulah kata warna dia lain. Nie kalo jual RM 1.50 satu nieh, memang gerenti orang beli, habis nieh. Apa lagi, jom la buat bisness, huhu.
Jeruk@zaini
Sedap la. aku nak tapaukan tuk awek aku sket boleh tak?
Itu lah dier komen-komen yang telah diberikan secara ikhlas dari hati mereka. Aku dapat melihatkan keikhlasan komen mereka dari raut wajah mereka. MATILAH.. cilake jerk.. huhu
Proses menekan ataupun memapatkan biskut tadi. kalo nak mudah, korang leh bayangkan muka orang yang korang benci kat kueh tuh, sambil menekan korang kata mcm nieh “gi mampos ko”. matilah mcm ada pengalaman jerk. huhu
So korang kalo nak suruh aku masak lagi, sila lah roger aku nieh. Saya boleh membantu anda. HUHU.. tapi AWAS ada syarat ok. Motip aku nak tolong korang free jerk.. hahaha..
papai… selamat beramal. huhu