Sempat juga aku dan rakan-rakan aku untuk mengunjungi telok batek kali ini buat kali terakhir mungkin dalam masa setahun. Ye la aku akan berhijrah ke kerteh selepas ini, maka tiada peluang dan kesempatan untuk mengunjungi nya. Berbekalkan 7 ketol ayam kfc yang dibeli di kfc Ayer Tawar dan juga 100 plus serta air mineral spritzer kami memulakan aktiviti picnic di Telok Batek, lumut perak mcm picnic perpisahan la.
Semua orang teruja, termasuk aku. Ramai giler masyarakat Malaysia meluangkan masa hujung minggu mereka berkelah di tepi pantai ini. Bagus itulah seruan kerajaan supaya anak mereka tidak menjadi kurang ajar dan tak menerima kasih syang secukupnya.
OK berbalik kepada cerita, Aktiviti picnic kami, bermula dengan menyewa pelampung. Semua ditaja oleh ismal dan pulah SDN BHD. So aku menumpang je kat situ. Sambil feeling2 pandai berenang. HAHAHA. Lepas bermandi manda dan berenang bagai, kitorang makan. Makan ayam kfc ditemani dengan deruan ombak dan juga tiupan angin selat melaka memang mengasyikan. Sungguh damai. trus aku makan dua ketol ayam KFC. Sedap sngat tambahan ditemani kawan-kawan yang sangat baik hati. hihihi 😛
Selapas makan diadakan sesi fotoshoot, aku seperti biasa menjadi cameraman berganti dengan ismal. Tapi aku lagi professional, so sila lah tatap gambar kami dibawah… kenangan dan juga waktu yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. TQ guys, im really enjoy that moment and happy at TELOK BATIK….. TQ again.. 🙂
Smiley picture.. Hai semua…
dari kiri ismal, alip dan pulah
alip aku dan pulah
nie gambar aku tangkap. sila banding kan yang ismal tangkap dibawah, mana lagi ok? hahaha
nie ismal yang tangkap. huhu
next TOP model.. aku yang snap nieh. huhu (gambar ini sesuai untuk 14 tahun keatas shj)
Nice sunset at telok batik, lumut perak…. MEMORIES REMAIN THERE….