Hari nie saya nak bercerita tentang tajuk projek tahun akhir saya. Memang saya akui tajuk nie susah sngt nak buat sebab ada kaitan geogology dah juga geosciene walhal aku ambil chemical. Tapi rasa saya best sebab project saya berkaitan alam sekitar. Saya patut berbangga kerana diberikan otak dan ilmu untuk berbakti kepada alam ciptaan tuhan ini.
Tajuk projek saya ialah “Remediation and mitigation measures for slowing down the decomposition of black shale at Batu Gajah, Perak”. Korang mesti tidak tau apa sebenarnya projek aku melalui tajuk nie kan. Aku pun pening gak memula. Rasa down sngt…. Tapi bila dan buat research dan juga bertanya kepada Professor saya iaitu supervisor saya baru lah dpt sikit2 info dan cahaya mengenai apa sebenarnya projeck ini. hahahaha
Berbalik kepada cerita asal. Black shale nie sebenarnya mengandungi sejenis bahan yang dinamakan pyrite (FeS2) dimana apabila pyrite ini terdedah kepada air dan juga udara(oksigen), proses oxidation secara semulajadi akan berlaku. Kesan kepada alam sekitar yang boleh terjadi, pertama wujud persekitran berasid yang akn membunuh semua tumbuhan dan juga binatang jika pekara ini tidak terkawal. Kedua mencemarkan sumber air bersih dibawah tanah dan juga di tempat takungan air seperti tasik dan juga kolam dimana air ini mengalir dan seterus membunuh hidupan aquatic serta menjadikan tempat takungan air berwarna kuning atau istilahnya dipanggil “yellow boy”. hal ini berlaku kerana pyrite yang mengandungi ferum iaitu besi akan teroksida dari ferum(II) kepada ferum(III). Kan kat sekolah menengah dulu kalo sesapa ambil kimia, ferum(III) berwarna kuning. So ini lah yang terjadi. warna kuning dan juga larutan berasid iaitu acid sulfurik dari kandungan sulfur batu tadi.
Dalam kes jalan batu gajah ini, Black shale nie dulu terbenam atau pun berada dalam ataupun bawah tanah. Maka proses oxidation nie tak berlaku sebab tak wujud air dan oxygen dalam tanah. Macam mana black shale ini boleh terkeluar dan terdedah ke pada persekitaran, iaitu kerana proses menarah bukit dan juga mengorek kawasan tersebut untuk membina jalan baru ke batu gajah telah pun dilaksanakan. Maka batu tuh dah terdedah kepada udara dan air(melalui hujan dan sebagainya) yang dulunya duduk diam dlm tanah. kalo kita tak buat langkah awal menanganinya, maka binasalah tempat itu. hahah
Jom kita tgk gambar apa yang aku kata kan black shale dan juga kesan kepada persekitaran dikawasan tersebut.
Gambar pertama: tepi jalan baru dari utp ke batu gajah selepas seputeh
Gambar kedua: Rumput dah mati dah kat situ
Gambar ketiga: kalo dibiarkan tebing itu akan runtuh kerana hakisan dan juga batu dah terlerai
Gambar keempat: EMAS!!! EMAS!!. Motip emas tuh lah ferum(III) kesan selepas teroksida
Gambar kelima: Tengak air berwarna kuning mengalir, Berapa banyak lah hidupan akuatik akan mati dalam sesaat kalo masalah ini tidak diselesaikan
Dari gambar diatas apa yang anda dapat lihat? Teruk kan kesan kepada alam sekitar disebabkan black shale ini. Rumput dah mati akibat persekitaran yang beracid telah terhasil dan Ferum(II)I yang warna kuning dah bermaharajalela mengalir mungkin ke arah sungai dan tasik berdekatan, saya tak sempat nak periksa lagi kemana arah air ini mengalir. Untuk pengetahun semua, yang hitam itulah black shale yang terdapat pada gambar pertama, kedua dan ketiga. Gambar ke empat dan kelima, ialah Ferum(III) yang telah teroksida dari batu tuh. Untuk pengetahuan semua, Tugas saya tuk projek ini ialah saya kene mencari penyelesain mcm maner nak baiki kawasan ini dan langkah-langkah yang betul untuk menangani seterusnya menyelesaikan masalah ini dan mungkin andai kata ciptaan aku ini akan mempunyai nilai untuk dipasarkan, sudah tentu boleh membantu masyarakat sekeliling dan juga dunia tentang pekara ini. Saya akan menggunkan teknologi mesra alam yang hanya menggunakan bahan organik tanpa membinasakan alam sekitar dan yang penting. Murah. huhu.
Kesimpulanya, Mungkin diantara kita pernah melihat kejadian yang sama dan tidak mungkin terlintas pun dalam fikiran kita ianya ialah salah satu pencemaran alam sekitar. So lepas nie kalo korang nak buat jalan ker apa ker, kalo jumpa pekara ini tolonglah ambil tindakan awal untuk mencegah. Jangan biarkan bumi ini ternoda dengan pembangunan sahaja tanpa melihat kesannya pada masa hadapan. Pilih lah pembangunan yang lestari dan mesra alam. Anda buat, anda tanggung… hahaha
uit pesal ta link kan blog aku?sentap!hehe
slmt ari raya!