L A N G K A H S E P I- Suka Duka Permainan Kehidupan...

Antara Manusia dan Insan

Debat alam sekitar 09 :1

Posted by aminur87 on August 13, 2009
Posted in: Uncategorized. 3 Comments

DSC_0742

DSC_0158

DSC_0759

DSC_0219

DSC_0073

Petang Ini

Posted by aminur87 on August 10, 2009
Posted in: Uncategorized. 2 Comments

Petang ini

Sinar matahari kepunyaan mu masih kuat

Menggembirakan kehidupan hijau yang merindumu

Petang ini

Angin menyambut kepulangan ku dari pembelajaran

Rasa panas dan peluh jantanku memercik keluar

552430060_9bc32b14fd1

Petang ini

Aku sampai dibilikku kosong

temanku masih belum kunjung tiba

Petang ini

Aku berjaya lakukan sesuatu

Menepis nafsu, menegakkan pendirian

Petang ini

Adakah kita akan bertemu kembali?

mengajarkan ku erti kemanisan hidup….

rantaian hati…

Posted by aminur87 on August 10, 2009
Posted in: Uncategorized. Leave a comment

Pelangai

Walaupun sinar mu hanya seketika

Tapi engkau mampu buat ku tersenyum

Pelangi

Walaupun kau hadir selepas hujan

Kau diibaratkan keriangan selepas tangisan

feb78_26rainbow_dpb

Pelangi

Aku rindu warna-warni kehidupan mu

Penuh dengan kasih sayang dan keihklasan cinta

Pelangi

Izinkan untuk aku menjadi seperti mu

Menyentuh dan menyintai walaupun  buat seketika…

tronoh 
2.32 am

Monolog hati

Posted by aminur87 on August 8, 2009
Posted in: Uncategorized. 1 Comment

Sedar tak sedar sudah 4 tahun aku berada di UTP. Memang sekejap saja aku rasa. Rasa baru semalam menjejak kan kai ke UTP. Teringat saat gembira menerima perkabaran dapat memasuki salah satu universiti yang terohor kat Malaysia. Saat pelukan ibu dan ayah bergembira diatas pekabaran  aku diterima masuk ke utp masih lagi kekal di ingatan aku. Aku bersyukur nasib aku baik berbanding rakan-rakan lain yang mendapat result spm yang lagi cemerlang dari aku. Mungkin itu adalah rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta.

Tahun ini aku dah menjadi pelajar tahun akhir. Yup lagi beberapa bulan aku akan menghabiskan dan menamatkan dan mendapat segulung ijazah. Tak sabar untuk waktu itu, mengembirakan ayah dan ibuku. Namun adakah aku sempat untuk semua itu, masih lagi tidak terjawap. Aku sendiri pun masih menunggu.

Menghabiskan sisa-sia pembelajan di UTP adalah satu pekara yang sangat memeritkan. Aku masih gagal menyiapakan tugasan yang seharusnya tiada masalah bagipelajar tahun akhir. Aku gagal memberikan masa dengan baik dan membezakan antara yang penting dan tidak penting. Banyak pekara yang tidak penting didahulukan berbanding yang penting. Aku masih lagi bingung kenapa pekara yang sama melanda aku setiap semester pembelajaran walaupun aku sudah mengetahui dan meyesali pekara ini.

Aku pasrah banyak perubahan perlu dilakukan. Namun persoalanya mampukah untuk aku berubah demi masa depan? Aku sendiri tiada jawapan sekarang ini. Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Kekadang cabaran itu mematahkan semangat aku untuk terus hidup. Mencari sinar yang belum lagi kelihatan. Perjalanan aku masih lagi gelap. Tiada peghujung nya…..

Ya Allah aku memohon agar Engkau memberikan hidayah dan juga petunjuk kepada aku . Aku rindukan Engkau. Aku mahu Engkau sentiasa berada disisiku agar segala rintangan dan juga dugaan aku boleh tempuhi dengan sabar dan cekal.

Terima kasih Allah, Engkau telah lakukan yang terbaik untuk aku. Aku yakin segalanya ada hikmah dan juga ketentuan yang masih aku tidak ketahui. Aku bersyukur pada Mu, ya Allah. Ampunkan dosaku. Amin…

Afgan – PadaMu Aku Bersujud

Ku menatap dalam kelam

tiada yang bisa ku lihat

selain hanya nama Mu ya Allah

Esok ataukah nanti

ampuni semua salahku

lindungi aku dari segala fitnah

kau tempatku meminta

kau beriku bahagia

jadikan aku selamanya

hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuniku Ya Allah

yang sering melupakanMu

saat Kau limpahkan karuniaMu

dalam sunyi aku bersujud

Esok ataukah nanti

ampuni semua salahku

lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta

Kau beriku bahagia

jadikan aku selamanya

hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuni aku ya Allah

yang sering melupakanMu

saat Kau limpahkan karuniaMu

dalam sunyi aku bersujud

Kau tempatku meminta

Kau beriku bahagia

jadikan aku selamanya

hambaMu yang selalu bertaubat

Ampuni ku ya Allah

yang sering melupakanMu

saat Kau limpahkan karuniaMu

dalam sunyi aku bersujud

PadaMu

Tronoh, perak

4.32 pm

D’masiv-merindukanmu

Posted by aminur87 on August 8, 2009
Posted in: Uncategorized. Leave a comment

Saat aku tertawa di atas semua
Saat aku menangisi kesedihanku

Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan slalu memujamu
Meski ku tak tau lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku ku merindukanmu

Saat aku mencoba merubah sgalanya
Saat aku meratapi kekalahanku

Dengarkan aku ku merindukanmu

p/s: merindu seseorang malam ini… cepatkan lah masa itu berlalu tuhan..

Cuti H1N1

Posted by aminur87 on August 7, 2009
Posted in: Uncategorized. 2 Comments

Seperti semua sedia maklum, utp telah ditutup secara rasmi kerana penularan wabak h1n1 yang tidak terkawal. Maka cuti seminggu telah diberikan kepada pelajar utp. ohhhhhhh… Saya tak suka dengan cuti ini. Cuti ini memang membawa banyak masalah kepada aku. Pertama, selaku pelajar tahun akhir, proposal projek tahun akhir harus disiapkan dengan cepat. pastu cuti lah pulak, maka proposal itu akan tertangguh kerana aku tak leh jumpa supervisor aku. Dahlah projek tahun akhir aku pasal geology. I dun have any idea related to the rock and geology terms… pengsan seketika aku.

Berbekal dengan semangat, SAYA TAK MAHU PULANG KERUMAH, aku telah memilih satu kawasan yang sangat menarik iaitu di selatan tanah air, melaka. Memang aku selalu lepak kat melaka. Bg aku melaka tempat yang menarik untuk dilepak ditambahkan pula kawan2 aku yang sngt best ada disini. huhu

Aku malas nak tulis panjang2, aku nak upload gambar jerk. Moga gambar ini dapat menceritakan seribu satu erti. ok..

Kesimpulan percutian H1N1 aku ialah

perak-putrajaya-melaka-shah alam-kl-shah alam-KLIA-putrajaya-kl-putrajaya-melaka-putrajaya-perak.


Jarak perjalanan: 1436.7 KM. Jauhkan??

Photo010

Photo016

Photo020

Photo022

Photo080

Photo082

Photo084

Photo098

Photo099

Photo104

Photo106

Photo094

Photo109

Suara itu..

Posted by aminur87 on June 29, 2009
Posted in: Uncategorized. 5 Comments

Masih dengar suara itu

meminta untuk dikasihi

masih dengar suara itu

meminta untuk dibantu

green_grass2

sayu sungguh suara itu

seolah-olah lemas dilautan kemajuan

sayu sungguh suara itu

tenggelam ke dasar kemodenan dunia

fikir2kan lah…

solution_environment

    1. Kapas Island, Terengganu.

      Posted by aminur87 on May 9, 2009
      Posted in: Uncategorized. 5 Comments

      Yup semua, dah lama dah aku tak update blog aku nieh. Aku teramat malas ditambah dengan tekanan kerja di tempat kerja yang memaksa aku untuk sentiasa tido lepas kembali dari kerja. Memang waktu kerja tak best langsung. Waktu belajar best, tapi aku  cuma tak nak ada final exam dan juga kuiz. huhuhu. Sampai mati pun tak dpt benda tuh oii.. hahaha

      Back to the story, aku dan kawan2 aku berkesempatan untuk join program mencandat sotong yang dianjurkan oleh seorang sfaff dari company ethlyene dan polyethene kertih. Memang ramai lah yang join benda nieh. Pakej yang murah 2 hari 1 malam tidak termasuk makan dipulau telah membuatkan aku mengambil peluang untuk mengambil pakej ini. Lagipun aku memang teringin untuk mencandat sotong. Untuk pengetahuan anda semua ,skang nieh tgh musim sotong yang sngt banyak. huhu

      Budak rumah aku semua pergi ke program ini, termasuk la pasukan ingin berhibur dari kerteh dan juga pantai timur. Mereka nie dak batch aku jugak. Perjalanan yang tidak beberapa jauh dari rumah kami ke marang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Jeti pulau kapas adalah tempat untuk kami berkumpul. Terpegun aku melihat kejernih air laut kat jeti walaupun sedikit kotor dengan sampah sarap. diHarapkan agar pihak majlis daerah dapat mengambil tindakansepatutnya, supaya kecantikan alam semulajadi kat jeti pualau kapas ini terpelihara ok. huhu

      Kami menaiki bot nelayan yang diubah suai menjadi bot penumpang ke pulau kapas, menjadikan masa yang diambil ke sana lama nak mampus. Rasa bosan sebab slow sngt. Sungguh pun lama, aku dapat menikmati keindahan laut menuju ke pulau kapas. SUngguh Cantik. Subbahanaullah.  Kami bermalam di Mak CIk Gemok Resort, Pulau Kapas. Chalet yang hanya untuk termpat kami bermalam sahaja kerana program kami dipenuhi dengan aktiviti yang tidak membenarkan  kami untuk selalu tido di chalet kami. hahaha. Sungguh murah. RM40 ringgit semalam untuk bilik 3 orang. Murahkan…

      Kat pulau kami mengambil peluang untuk beriadah untuk melepaskan tekanan kerja konon nye la.. huhu. Banyak aktiviti kami lakukan seperti bermain bola tampar pantai, bermandi manda , menjelajah pulau dan juga ada yang bersnokling dan juga berkayak.

      Pada belah malam adalah aktiviti yang ditunggu2, iaitu mencandat sotong. Sebanyak 4 bot yang disewa khas untuk membawa semua perserta yang telibat. Bot kami bot yang paling besar. Yelah kami ada 15 orang kesemuanya, so kami dapat bot yang paling besar. Pengalaman yang tak dapat dilupakan, apabila bot besar kami tak dpat pergi sampai ke tepi pantai kerana air yang cetek. So ada sampan kecil yang akn mengambil kami dari tepi pantai ke bot besar ditengah laut. TIba2 semasa kami ingin menaiki sampan kecil, hujan turun dengan lebatnya. Aingin bertiup kencang dan air menjadi bergelora. Basah lenjun semua dan yang paling menakutkan bot kami terhuyung hayang dihempas ombak ditengah laut. Sangat menakutkan. huhu.

      Lepas je hujan berhenti, kami meneruskan aktiviti yang dirancang dengan jayanya. Untuk pengetahuan semua mencandat sotong tidak menggunakan umpan hidup seperti ikan or sebagainya. Umpan yang digunakan adalah umpan palsu yang bercahaya apabila terkena sinaran lampu dari bot kami. So sotong akan tertarik dengan pantulan cahya dari bot kami ke umpan berkenaan dan seterusnya akan menyebabkan sotong menyambar umpan tersebut. Menarik kan… huhu. Tapi keseluruhan memang best. Walaupun aku tak bekesempatan untuk mendapat sotong. Memember aku yang lain ada la dpt. Sotong yang dpt trus dibuat gulai di atas bot itu. Sungguh sedap apabila memakan sotong yang fresh dari tengah laut.

      Special thanks to semua kawan2, housemate rumah aku terutama, pulah, aiman, jerok dan alip. Kami memang seronok…

      P4230532

      SANY0050

      SANY0009

      Picture 571

      Picture 566

      Picture 561

      Picture 516

      Picture 434 - Copy

      Erti sebuah persahabatan..

      Posted by aminur87 on April 14, 2009
      Posted in: Uncategorized. 3 Comments

      Hari nie tetiba lak aku ada mood nak update blog. Ya skang ini saya amat merindui rakan2 UTP saya. Saya rindu pada hilal, ismal, kucai dan juga pat. Ya memang kami rapat. Tapi skang kami tak pernah berjumpa cuma kucai dan ismal sahaja, tu pun aku dtg ke utp tempoh hari.

      Biler lah kita nak keluar sama lagi kan. Masa untuk keluar bersama semakin pendek. Ismal intern sem depan, kucai akan menamatkan pembelajaran di utp dan juga cuma pat, hilal dan pat sahaja yang akan menghabiskan masa sesama. huhu

      weh semua, biler kita nak lepak sama…

      P/s: jiwa terseksa skang nieh…

      saya tidak akan berpura-pura lagi…

      Posted by aminur87 on April 1, 2009
      Posted in: Uncategorized. Leave a comment

      kepada semua,saya tidak akan menjadi berpura-pura lagi dihadapan kamu semua.

      sekali aku dah membenci kamu, selamanya aku akan benci.

      terutama kepada orang yang telah lupa daratan yang tidak pandai berterima kasih dan mengingati budi pekerti manusia.

      so korang pergila mampus dengan dunia korang,tak yah kawan ngan aku.

      korang tak berguna pun, tak membantu pun dalam kehidupan aku.

      aku akan menghargai orang lain, kalo orang itu pandai menghargai aku.

      Aku tak  kisah pun,kalo korang kaya,hensem,cantek,pandai belajar dan apa sekali pun,sebab aku yakin yang semua itu hanyalah pinjaman semata-mata.

      bebila tuhan tarik balik

      sila sedarkan diri anda ok. tak kire la beragama islam atau tidak

      pepandai la pikir sendiri

      TQ

      selamat hari lahir..

      Posted by aminur87 on March 29, 2009
      Posted in: Uncategorized. Leave a comment

      سلامت هاري لاهير


      اسمال


      pb160077

      سموڬ ڤنجڠ عمور دان دمورهكن


      ريزيكي

      .

      jom cuba menulis jawi..

      Posted by aminur87 on March 27, 2009
      Posted in: Uncategorized. 1 Comment

      سوده لاما تيدق مڠڬوناكن توليسن جاوي سباڬاي ميديوم اونتوق كومونيكاسي. يا ساي اكوي يڠ توليسن جاوي سماكين دڤيڠڬيركن. نامون كيت سباڬاي واريثن يڠڤرنه بلاجر جاوي هاروسله ممليهارا توليسن اين اڬر تيدق دتلن اوليه اروس كمودنن دنيا سكاراڠ اين.

      Selamat hari lahir..

      Posted by aminur87 on March 19, 2009
      Posted in: Uncategorized. 2 Comments

      Hepi Birthday


      TO


      24042008550

      Mkhazaidi@EDDY


      Moga dimurahkan rezeki


      dan panjang umur k..


      Hadiah claim kemudian..

      P/s: sori lambat wish.. bz dan tak da masa nak update serta pm u k…

      Aku seorang pekerja yang pemalas..

      Posted by aminur87 on March 2, 2009
      Posted in: Uncategorized. 1 Comment

      Hai semua, sudah lama sya tidak mengupdate blog nie. Rasa malas dan juga kekangan tido yang berlebihan menyebabkan aku malas nak update blog. lagi pun tak da org pun suka baca blog aku nieh kan. Hahaha.. peduli apa aku suker ker tak suka, yang penting aku suka tulis kat blog aku nieh. Hahaha.

      Skang nieh dah masuk minggu ke 14 aku menjalani internship. Kehidupan banyak tak berubah. Cuma aku menghargai setiap detik di kerteh ini dengan sebaik2nya. Saya suka hosmate saya kat kerteh nieh. Mereka sporting tambahan lagi mereka nie adalah perserta bagi plan yang tak dirancang. I like it.. huhuhu

      Kali nie aku nak cerita trip aku gi genting. Nie memang plan emergency, balik dari mandi laut kat dungun, dalam kereta trus tetiba nak gi genting. Apa lagi trus la kitorang gi. Huhuhu. Berada di genting dua hari, memang best. Aku dah biasa gi genting.Tapi yang best sebab spend masa bersama kawan2 tuh yang paling best. Huhuhu

      Enjoy ok pic nie,

      sany0472

      sany0479

      sany0495

      sany0503

      sany0498

      Perjalanan balik dari genting hari sabtu, ditambahkan lagi aktiviti denggan aktiviti kemasyarakatan kitorang nieh. Kitorang sempat singgah di kuala gandah yang terletak di lancang temerloh pahang. Korang tau tak kuala gandah nie tempat apa?

      Kuala gandah nie ialah tempat melindungi dan juga membiakkan gajah kat semenanjung Malaysia nieh. Menarik bukan. Yang peliknya, mat saleh ramai giler kat tempat nieh. Kenaper lah orng kita tak ramai mcm mereka. Huhu

      Pengalaman bagi gajah makan kat mulut dia memang best, aku ulang skali lagi, AKU SUAP GAJAH MAKAN KAT MULUT DIA. Huhu. Lepas je suap makan kat mulut dia, abis semua tangan aku penuh dengan air liurnya.. tapi pengalaman paling berharga…

      So korang enjoy la, tgk pic nieh… banyak lagi lawatan aku tak update kat sini. huhuhu

      sany0504

      sany0505

      sany0515

      sany0522

      sany0521

      sany0530

      sany0525

      sany0534

      sany0531

      sany0533

      sany0532

      sany0535

      SEMSAS Homecoming…

      Posted by aminur87 on February 1, 2009
      Posted in: Uncategorized. 4 Comments

      lencana-semsas1

      SEMSAS, HIDUP BERJASA. Itulah kata keramat yang selalu dilaungkan oleh pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Aku berkesempatan untuk melawat sekolang yang paling aku sayangi. Selama lima tahun aku menuntut ilmu kat sekolah ni. Banyak suka duka pernah berlaku disini. Semua masih segar dalam ingatan dan benak fikiran aku.

      Aku dulu adalah pelajar yang jahat, memang sejahat umat. Nak buat mana aku tak leh menjadi perfect, tapi aku cuba memperbaiki sifat dan kesalahnyang pernah berlaku dalam hidup aku. Malah aku bersyukur, tuhan menguji aku awal dan menyedarkan aku. Memang aku sangat bersyukur.

      Hari jumaat lepas aku berjaya menjejakan kaki disekolah ku untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman debat yang ada sejemput ini untuk adik2 pendebat sekolah. Menjejakan kaki dipintu pagar, terbuka satu demi satu kenangan sewaktu belajar disana. Ahhh sangat indah waktu itu, rasa airmata nak berderai je. Sungguh indah memori dan kenangan itu di fikiran aku nieh.

      Berjumpa dengan guru2 membuatkan aku rasa seperti baru semalam aku meninggalkan sekolah. Rasa belajar didalam kelas pergi ke perpustakaan sekolah. Best nya waktu tu. Rasa teringin nak kembali kesekolah. Dengar cakap cikgu, ingin menjadi seorang yang berdisplin dan yang penting ingin menjadi anak murid kebanggaan semua guru dan mengharumkan nama sekolah.

      Tapi sayang semua dah berlalu, tapi aku boleh memberi sesuatu kepada sekolah. Walau sejauh mana dan sebesar mana saya nanti, namamu SEMSAS tetap berada dalam hatiku. Laungan HIDUP BERJASA akan tersemat didalam kalbu ku. Terima kasih SEMSAS segala jasa mu akan kukenang….

      Posts navigation

      ← Older Entries
      Newer Entries →
      • Aminur Rashid

        Create Your Badge
      • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

        Join 5 other followers

      • Statistik Pelawat

        • 61,087 pernah melawat
      • Ada pembaca ker?

        who's online
      • Sekapur Sireh, Seulas Pinang.

        Terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat ke laman blog saya ini. Sila tinggalkan komen jika ada yang rasa nak beri komen ataupun kritikan. Semoga hari ini, segala urusan anda akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin.
      • Langkah Sepi….

        langkah pertama bermula dengan seribu harapan dan impian. Langkah ini juga akan membawa kehidupan kita lebih sepi tanpa arah tuju.........
      • Archives

        • December 2011
        • April 2010
        • February 2010
        • November 2009
        • October 2009
        • September 2009
        • August 2009
        • June 2009
        • May 2009
        • April 2009
        • March 2009
        • February 2009
        • January 2009
        • December 2008
        • November 2008
        • October 2008
        • September 2008
        • August 2008
        • July 2008
        • June 2008
        • May 2008
        • April 2008
        • March 2008
        • February 2008
        • January 2008
      L A N G K A H S E P I- Suka Duka Permainan Kehidupan…
      Cancel
      Privacy & Cookies: This site uses cookies. By continuing to use this website, you agree to their use.
      To find out more, including how to control cookies, see here: Cookie Policy