Salam semua.
Mungkin dapat aku kongsikan sedikit cerita terbaru mengenai aku. Tahun lepas aku sudah pun menghabiskan pengajian di peringkat Sarjana Muda. Alhamdullilah. Aku rasa sangat bangga dan Ijazah ini adalah untuk Mak dan Abah aku. Aku tahu mereka menunggu saat ini. Aku berjaya membuat mereka menitiskan air mata kegembiraan. Aku tahu itu adalah hadiah yang terbaik yang boleh aku berikan kepada mereka.
Aku sekarang ini pun dah bekerja. Alhamdullilah aku suka akan kerja aku walaupun tidak berkaitan dengan bidang dan jurusan yang aku ambil ketika universiti. Mungkin ramai yang berpendapatan aku membazirkan masa aku di university dan akhirnya aku memilih pekerjaan dalam sector lain. Aku suka untuk bawa korang membuka dimensi pekerjaan yang lebih meluas. Bagi aku, prinsip paling mudah ialah kerja yang kitayang dpilihperlu berdasarkan kecenderungan dan minat kita. Kalau kerja kita tak minat, jangan cakap lah, memang tidak rasa seronok langsung dan yang paling teruk nak bangun awal untuk bangun ke kerja setiap hari pun akan rasa malas. Mungkin ini adalah rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah. Aku bersyukur untuk segala-galanya. Ok, selesai bab kerjaya.
Bila umur kita semakin meningkat ini, pemikiran kita secara automotik akan menjadi matang. Bukan aku nak cakap aku ni matang sangat tapi korang dapat rasa perubahan cara korang berfikir. Korang akan sentiasa memikirkan masa depan korang dan juga merancang milestone yang korang nak cipta dalam kehidupan korang. Bila nak kahwin, beli rumah , tolong mak ayah dan segalanya. Nasihat aku dekat korang janganlah mudah membuat sesuatu tanpa berfikir panjang, nanti buruk padahnya. Aku sendiri pun, bila dah berkerja ini ada je kesalahan yang dibuat. Lepas tuh baru lah rasa menyesal. Biarkan lah apa yang terjadi dalam hidup korang, sesungguhnya aku percaya pengalaman adalah guru yang terbaik untuk kita.
Cukup lah entry untuk kali ini, aku akan update sekerap mungkin. Satu pesanan ikhlas dari aku sebelum tutup entry ini, bahagiakan lah kedua ibubapa kita sebelum mereka menutup mata di dunia ini dan sejauh mana masalah korang, jangan mudah berputus asa. Berdoalah kepada tuhan mu dan jangan menyerah kalah. Andai hari ini kita diberikan ribut petir dan hujan yang lebat, aku percaya satu masa pelangi yang cantik akan muncul untuk mengembirakan korang semua. InsyaAllah….