Selamat
menyambut Ramadhan
Al-Mubarakh.
p/s: jgn ponteng puasa tau
p/s: jgn ponteng puasa tau
Dunia ini sungguh zalim
Menghempas pukulan pada mereka yang tidak serupa
Menerkam dan membaham
Tanpa rasa malu dan simpati
Mencaci membenci adalah makanan harian
Masih kelam nasib mu wahai sang tidak serupa
Merintih dalam hati membawa ke mati
Tiada yang mendengar hanya memekakkan telinga
Waktu itu sang tidak serupa berpaling tadah
Mencari pelindungan pada sang dajjal
Mendapat azimat gembira kepalangnya
Masih kekal sang tidak serupa nasibnya dihadapan tuhanya.
Meringguk ke lembah penghinaan sang pencipta
Hilang sudah segala nikmat pertolongan
Menangis tidak berlagu menjadi nyanyian harian
Kembali ke asal sudah tidak berguna
Wahai sang tidak serupa
Mengapa dikau menyesal tika hijap telah ditutup
Kekadang kita rasa hidup kita singkat
Melakukan pekara seronok sehingga terlupa waktu
Kekadang kita rasa hidup kita singkat
Pabila mengabdikan diri pada kemaksiatan duniawi
Kekadang kita rasa hidup kita singkat
Menghabiskan masa pada pekara yang salah
Kekadang kita rasa hidup kita singkat
Bila mati menjemput dikala kita tak bersedia
Petang ini
Sinar matahari kepunyaan mu masih kuat
Menggembirakan kehidupan hijau yang merindumu
Petang ini
Angin menyambut kepulangan ku dari pembelajaran
Rasa panas dan peluh jantanku memercik keluar
Petang ini
Aku sampai dibilikku kosong
temanku masih belum kunjung tiba
Petang ini
Aku berjaya lakukan sesuatu
Menepis nafsu, menegakkan pendirian
Petang ini
Adakah kita akan bertemu kembali?
mengajarkan ku erti kemanisan hidup….
Pelangai
Walaupun sinar mu hanya seketika
Tapi engkau mampu buat ku tersenyum
Pelangi
Walaupun kau hadir selepas hujan
Kau diibaratkan keriangan selepas tangisan
Pelangi
Aku rindu warna-warni kehidupan mu
Penuh dengan kasih sayang dan keihklasan cinta
Pelangi
Izinkan untuk aku menjadi seperti mu
Menyentuh dan menyintai walaupun buat seketika…
tronoh
2.32 am
Sedar tak sedar sudah 4 tahun aku berada di UTP. Memang sekejap saja aku rasa. Rasa baru semalam menjejak kan kai ke UTP. Teringat saat gembira menerima perkabaran dapat memasuki salah satu universiti yang terohor kat Malaysia. Saat pelukan ibu dan ayah bergembira diatas pekabaran aku diterima masuk ke utp masih lagi kekal di ingatan aku. Aku bersyukur nasib aku baik berbanding rakan-rakan lain yang mendapat result spm yang lagi cemerlang dari aku. Mungkin itu adalah rezeki masing-masing yang telah ditetapkan oleh Maha Pencipta.
Tahun ini aku dah menjadi pelajar tahun akhir. Yup lagi beberapa bulan aku akan menghabiskan dan menamatkan dan mendapat segulung ijazah. Tak sabar untuk waktu itu, mengembirakan ayah dan ibuku. Namun adakah aku sempat untuk semua itu, masih lagi tidak terjawap. Aku sendiri pun masih menunggu.
Menghabiskan sisa-sia pembelajan di UTP adalah satu pekara yang sangat memeritkan. Aku masih gagal menyiapakan tugasan yang seharusnya tiada masalah bagipelajar tahun akhir. Aku gagal memberikan masa dengan baik dan membezakan antara yang penting dan tidak penting. Banyak pekara yang tidak penting didahulukan berbanding yang penting. Aku masih lagi bingung kenapa pekara yang sama melanda aku setiap semester pembelajaran walaupun aku sudah mengetahui dan meyesali pekara ini.
Aku pasrah banyak perubahan perlu dilakukan. Namun persoalanya mampukah untuk aku berubah demi masa depan? Aku sendiri tiada jawapan sekarang ini. Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan. Kekadang cabaran itu mematahkan semangat aku untuk terus hidup. Mencari sinar yang belum lagi kelihatan. Perjalanan aku masih lagi gelap. Tiada peghujung nya…..
Ya Allah aku memohon agar Engkau memberikan hidayah dan juga petunjuk kepada aku . Aku rindukan Engkau. Aku mahu Engkau sentiasa berada disisiku agar segala rintangan dan juga dugaan aku boleh tempuhi dengan sabar dan cekal.
Terima kasih Allah, Engkau telah lakukan yang terbaik untuk aku. Aku yakin segalanya ada hikmah dan juga ketentuan yang masih aku tidak ketahui. Aku bersyukur pada Mu, ya Allah. Ampunkan dosaku. Amin…
Afgan – PadaMu Aku Bersujud
Ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama Mu ya Allah
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
kau tempatku meminta
kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuniku Ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
Esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuni aku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hambaMu yang selalu bertaubat
Ampuni ku ya Allah
yang sering melupakanMu
saat Kau limpahkan karuniaMu
dalam sunyi aku bersujud
PadaMu
Tronoh, perak
4.32 pm
Saat aku tertawa di atas semua
Saat aku menangisi kesedihanku
Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang
Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan slalu memujamu
Meski ku tak tau lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku ku merindukanmu
Saat aku mencoba merubah sgalanya
Saat aku meratapi kekalahanku
Dengarkan aku ku merindukanmu
p/s: merindu seseorang malam ini… cepatkan lah masa itu berlalu tuhan..
Seperti semua sedia maklum, utp telah ditutup secara rasmi kerana penularan wabak h1n1 yang tidak terkawal. Maka cuti seminggu telah diberikan kepada pelajar utp. ohhhhhhh… Saya tak suka dengan cuti ini. Cuti ini memang membawa banyak masalah kepada aku. Pertama, selaku pelajar tahun akhir, proposal projek tahun akhir harus disiapkan dengan cepat. pastu cuti lah pulak, maka proposal itu akan tertangguh kerana aku tak leh jumpa supervisor aku. Dahlah projek tahun akhir aku pasal geology. I dun have any idea related to the rock and geology terms… pengsan seketika aku.
Berbekal dengan semangat, SAYA TAK MAHU PULANG KERUMAH, aku telah memilih satu kawasan yang sangat menarik iaitu di selatan tanah air, melaka. Memang aku selalu lepak kat melaka. Bg aku melaka tempat yang menarik untuk dilepak ditambahkan pula kawan2 aku yang sngt best ada disini. huhu
Aku malas nak tulis panjang2, aku nak upload gambar jerk. Moga gambar ini dapat menceritakan seribu satu erti. ok..