Yup semua, dah lama dah aku tak update blog aku nieh. Aku teramat malas ditambah dengan tekanan kerja di tempat kerja yang memaksa aku untuk sentiasa tido lepas kembali dari kerja. Memang waktu kerja tak best langsung. Waktu belajar best, tapi aku cuma tak nak ada final exam dan juga kuiz. huhuhu. Sampai mati pun tak dpt benda tuh oii.. hahaha
Back to the story, aku dan kawan2 aku berkesempatan untuk join program mencandat sotong yang dianjurkan oleh seorang sfaff dari company ethlyene dan polyethene kertih. Memang ramai lah yang join benda nieh. Pakej yang murah 2 hari 1 malam tidak termasuk makan dipulau telah membuatkan aku mengambil peluang untuk mengambil pakej ini. Lagipun aku memang teringin untuk mencandat sotong. Untuk pengetahuan anda semua ,skang nieh tgh musim sotong yang sngt banyak. huhu
Budak rumah aku semua pergi ke program ini, termasuk la pasukan ingin berhibur dari kerteh dan juga pantai timur. Mereka nie dak batch aku jugak. Perjalanan yang tidak beberapa jauh dari rumah kami ke marang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Jeti pulau kapas adalah tempat untuk kami berkumpul. Terpegun aku melihat kejernih air laut kat jeti walaupun sedikit kotor dengan sampah sarap. diHarapkan agar pihak majlis daerah dapat mengambil tindakansepatutnya, supaya kecantikan alam semulajadi kat jeti pualau kapas ini terpelihara ok. huhu
Kami menaiki bot nelayan yang diubah suai menjadi bot penumpang ke pulau kapas, menjadikan masa yang diambil ke sana lama nak mampus. Rasa bosan sebab slow sngt. Sungguh pun lama, aku dapat menikmati keindahan laut menuju ke pulau kapas. SUngguh Cantik. Subbahanaullah. Kami bermalam di Mak CIk Gemok Resort, Pulau Kapas. Chalet yang hanya untuk termpat kami bermalam sahaja kerana program kami dipenuhi dengan aktiviti yang tidak membenarkan kami untuk selalu tido di chalet kami. hahaha. Sungguh murah. RM40 ringgit semalam untuk bilik 3 orang. Murahkan…
Kat pulau kami mengambil peluang untuk beriadah untuk melepaskan tekanan kerja konon nye la.. huhu. Banyak aktiviti kami lakukan seperti bermain bola tampar pantai, bermandi manda , menjelajah pulau dan juga ada yang bersnokling dan juga berkayak.
Pada belah malam adalah aktiviti yang ditunggu2, iaitu mencandat sotong. Sebanyak 4 bot yang disewa khas untuk membawa semua perserta yang telibat. Bot kami bot yang paling besar. Yelah kami ada 15 orang kesemuanya, so kami dapat bot yang paling besar. Pengalaman yang tak dapat dilupakan, apabila bot besar kami tak dpat pergi sampai ke tepi pantai kerana air yang cetek. So ada sampan kecil yang akn mengambil kami dari tepi pantai ke bot besar ditengah laut. TIba2 semasa kami ingin menaiki sampan kecil, hujan turun dengan lebatnya. Aingin bertiup kencang dan air menjadi bergelora. Basah lenjun semua dan yang paling menakutkan bot kami terhuyung hayang dihempas ombak ditengah laut. Sangat menakutkan. huhu.
Lepas je hujan berhenti, kami meneruskan aktiviti yang dirancang dengan jayanya. Untuk pengetahuan semua mencandat sotong tidak menggunakan umpan hidup seperti ikan or sebagainya. Umpan yang digunakan adalah umpan palsu yang bercahaya apabila terkena sinaran lampu dari bot kami. So sotong akan tertarik dengan pantulan cahya dari bot kami ke umpan berkenaan dan seterusnya akan menyebabkan sotong menyambar umpan tersebut. Menarik kan… huhu. Tapi keseluruhan memang best. Walaupun aku tak bekesempatan untuk mendapat sotong. Memember aku yang lain ada la dpt. Sotong yang dpt trus dibuat gulai di atas bot itu. Sungguh sedap apabila memakan sotong yang fresh dari tengah laut.
Special thanks to semua kawan2, housemate rumah aku terutama, pulah, aiman, jerok dan alip. Kami memang seronok…