Alhamdullilah, bulan ramadhan kembali lagi dalam hidup aku sekali lagi. Bersyukur ke hadrat illahi kerana memberi peluang untuk aku memunasabahkan diri dah juga membenarkan aku untuk menerima keberkatan bulanMu. Mungkin bulan ramadhan kali ini mampu untuk memberi satu sinar ketenangan dan proses untuk mengubah diri untuk menjadi yang baik dari sebelomnya. Harap aku diberikan hidayah oleh Allah.
Memang susah untuk meninggalkan pekara yang buruk dalam hidup kita ini, lebih-lebih lagi pekara itu dah menjadi sebati dalam hidup. Tanpa tekad dan kecekalan hati mungkin kita tak berupaya untuk melakukan apa-apa. Namun kuatkan hati kita, sekurang-kurangnya kita berusaha untuk melakukan perubahan itu sudah cukup.
Kepada semua kawan-kawan aku, terutama saini, ridhwan, pullah, jeruk, nik, hilal, pat, ismal,myer, rashid, epul dan tak lupa my junior debate team. Selamat menempuh bulan ramadhan dengan penuh kebaikan. Sesama la kita jadikan bulan ini sebagai turning point untuk berubah ke arah yang lebih baik. Kejarlah segala pahala yang diberikan hanya pada bulan ramadhan ini. Selamat berpuasa.
“Ku mengharap kan ramadhan kali ini,
penuh makna,
agar dapat ku lalui,
dengan sempurna”