Hai semua. Memang susah untuk memberikan informasi terkini tentang diri aku ini. Ntah la, aku rasa minat aku untuk menulis blog sudah semakin pudar. Mungkin tidak banyak pekara yang berlaku dalam hidup aku serta asyik duduk depan pc ini dan menghadap facebook 24 jam. Aku pun tak tau lah kenapa aku menjadi ketagih sangat kepada facebook ini. Rasa pelik jugak. Dulu friendster tak da lah seketagih facebook ini. Mungkin banyak sngat applikasi yang menarik yang terdapat secara percuma pada facebook ini.
Ok lah aku nak cerita tentang satu kejadian yang mengejutkan aku. Cerita nya bergini. Pada hari rabu yang lepas, aku gigih untuk melawat IRC carnival kat utp ini. Ye lah, nak melihat apa-apa yang menarik di carnival itu. Sedang aku berjalan-jalan sekitar tapak carnival, aku ternampak yang aktiviti derma darah pun ada juga kat carnival tersebut. Jadi aku menjadi begitu teruja kerana sudah lama aku tak menderma darah. Aku pun mengajak teman yang menemani aku untuk pergi teman aku menderma darah. Setelah abis mengisi borang, aku pun beratur untuk menjalani saringan kesihatan iaitu berat dan juga tekanan darah untuk memastikan yang penderma sihat dan boleh menderma darah.
Aku punya lah cuak kat situ. Bukan cuak jarum nak kene cucuk ke, cuak kat alat penimbang berat. Jika penimbang berat yang jenis biasa digunakan, maka berat aku akan “out of scale”. Malu kot nak tunjuk kat semua orang berapa berat aku. Padahal tak sedar diri memang aku nie gemok pun. Orang dari jauh pun dah boleh agak berat aku berapa dan boleh tergolong dalam orang yang obesiti. huhu. Sampai-sampai je pada doktor, aku terus risau bila dia suruh naik ke atas alat penimbang tuh. Aku pun cakap kat doktor tuh, yang aku rasa berat aku akan melebihi skala berat yang ada pada penimbang tuh. HAHAHA. Semua orang gelak. siot je. Tapi Dr tuh kata tak pe. Dia boleh agak, so aku naik je la. lepas je naik ke atas penimbang dan turun, doktor tuh pun ckap “jangan risau tak da limit berat untuk derma darah”. Fuhh terus lega, tapi orang ramai dah tengok aku dah. Sebab aku terlampau mesra dan juga membawa body guard yang ramai antaranya hilal, muiz, adeera, nash dan pullah. huhu
Selesai ujian menimbang berat badan, seterusnya ujian tekanan darah. Aku sekali lagi ditertwakan bebudak nie yang tangan aku besar tak leh muat alat menguji tekanan darah yang elektronik. Terpaksa lah pakai yang manual je. Yang ada pam pam tuh. Klasik kan alat tuh, tapi menurut doktor alat klasik nie lagi tepat dari elektronik version. Sebab ada error kekadang. huhu. Sambung balik citer. Lepas je aku diuji dengan alat itu, Dr tuh cakap ” Tekanan darah awak nie tinggi sangat ni. 158/80. dan awak orang paling tinggi saya check hari nie”. Ya Allah, terus dari gelak ketawa tadi, kitorang jadi serius. Dr suruh aku cepat2 pergi buat ujian kesihatan sebab aku mmg tak pernah ada darah tinggi dan parent aku dua2 tak da darah tinggi. So aku mmg cuak giler. ye lah nanti nak kerja , kene medical check up semua. Kalo ada drah tinggi mcm maner nak jadi engineer. Aduss. aku binggung kejap.
Lepas je keluar dari tempat tuh, aku terus buat keputusan nak jumpa dr di puast kesihatan utp. Terus gi klinik. Gigih dan cuak. Sampai je klinik utp, dah siap register2 bagai. Aku terus dipanggil jumpa Dr. Tak sampai 5 minit je pun, Dr menguji tekanan darah aku dan terus Dr decide suruh pergi ke hospital batu gajah untuk membuat ujian selanjutnya kerana kat UTP, kurang peralatan untuk membuat pemeriksaan lanjutan. Aku pun diberikan surat untuk pergi keesokan hari iaitu pagi khamis.
Aku memang cuak habis lah, mana tak nya kalo aku ada darah tinggi mmg gelap masa depan aku. So pukul 7.45 pagi aku memandu keseorangan untuk ke hospital batu gajah. Dalam hati rasa nak abis kan cepat2 benda ni. Sama ada aku positif darah tinggi atau pun tidak. Dah sampai sana, dah register semua. Kene lah tunggu lamaer giler. Maklum lah hospital kerajaan, banyak patient. Kenelah tunggu berjam2. Padahal aku dah sampai awal. Tetap no giliran aku 89. Dah ramai dah lagi awal dari aku, makna nya aku lambat lah. huhu.
Lebih kurang kol 10.35 baru lah giliran aku tiba. Masuk sahaja tempat pemeriksaan dan menyerahkan surat yan diberikan kepada Dr bertugas aku pun memulakan tutur bicara. Dr semua maklumat yang perlu. Dr pun menjalankan tugas, membuat pemeriksaan. Selesai semua pemeriksaan yang dijalankan. Dr pun membuat kesimpulan yang aku negetif darah tinggi. Mungkin tanda2 awal darah tinggi sahaja yang diberitahu Dr. Bermakna jika aku tidak menjaga makan dan minum dan berat badan aku makin naik, so nye aku akan mudah mendapat penyakit darah tinggi. Dr menasihati untuk aku menurunkan berat badan dalam 5-10 kg lagi untuk mestabilkan tekanan darah aku. Dia memberikan cadangan supaya mengamalkan makanan yang sihat dan pergi bersenam untuk meningkatkan mutu kesihatan badan aku. Dia juga merumuskan yang aku mungkin stress ketika itu dengan tugasan2 tahun akhir yang perlu untuk diselesaikan tapi Dr mengatakan itu bukan alasan. Sepatutnya jika kita stress kita perlu bersenam untuk menghilangkan stress dan memastikan kesihatan kita tidak terganggu.
Alhamdullilah, aku masih lagi dikurniakan dengan kesiahatan yang baik, walaupun tanda-tanda itu sudah ada. Maka aku kene untuk memastikan aku menjalani kehidupan yang sihat, jika tak harapan nak jadi engineer mmg pudar lah. huhu. lagi satu kepada orang2 yang membaca entry ini, silalah memastikan kesihatan adan berasa di tahap yang baik. Selalu pergi berjumpa dengan Dr untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Jangan terlambat, bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati. huhu. Aku berdoa kepada Allah agar kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan masing-masing dan berjaya mendapat apa yg dihajati dalam hidup. Sekian~~
P/s: jika ada kesalahan ejaan, mintak maaf banyak. Saya tengah mengantuk ketika menulis entry ini. sekian~~
haiyooo… darah tinggi kah…?? haha
jagelah kesihatan yer… makan mapley tuu jangan selalu… haha