Salam semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat. Semakin lama semakin panas politik UTP. Saudara Rausyanfikir memanggil bulan oktober 2009 sebagai bulan revolusi kepada politik UTP. Mungkin ada benarnya, semakin banyak penulisan mengenai PRK UTP ditulis oleh warganya. Mungkin medium blog yang dirasakan selamat untuk mengkritik adalah penyebabnya. Mungkin kebanyakkan warga UTP tidak berani menegur secara bersemuka dengan RM kerana mungkin antara anggota RM adalah kawan baiknya sendiri. Maka medium ini adalah yang terbaik agar teguran dapat diberikan dan seterusnya proses pembaikpulih dalam penjenamaan semula nama RM akan berlaku. Mungkin bulan-bulan yang mendatang adalah BULAN REVOLUSI RAKAN MASJID. InsyaAllah. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk islam.
Sekali lagi saya katakana saya bukan pembenci RM seperti yang saya komen keatas penulisan zamankini.blogspot.com. Malah saya tiada masalah dengan ahli RM yang terdiri dari rakan-rakan saya sendiri. Saya juga memuji sokongan yang saudara presiden RM, saudara Akram ketika Debat Alam Sekitar. Saya berterima kasih atas sokongan anda untuk pekara tersebut.Jangan tersalah tafsir tentang teguran dan juga kritikan saya. Saya hanya memberikan yang terbaik untuk agama saya. Terimalah dengan hati yang terbuka dan ambilah tindakan sewajarnya.
Saya ingin berkongsi cerita dengan anda semua tentang dunia debat. Walaupun team UTP hebat dalam dunia debat dan team UTP banyak merangkul johan dalam banyak pertandingan, adakah kami tidak akan menerima kritikan dari hakim untuk memperbaiki cara perdebatan kami. Malah jika pasukan junior yang terdiri dari pelajar tahun asas menegur kami, kami terima sahaja. Tidak melenting dan tidak pernah marah. Kerana dengan cara itu kami percaya, prestasi kami boleh dipertingkatkan untuk pertandingan akan datang.
Walaupun kritikan itu pahit untuk kami terima, namunkami tetap terima dan cuba memperbaiki untuk pertandingan yang akan datang walaupun pada ketika ini anda adalah pasukan gergasi dalam debat. Jangan mudah berpuas hati dengan pencapaian ketika ini, kerana ianya mampu untuk menjatuhkan anda di kemudian hari. Secara simantiknya, seharusnya warga RM menilai setiap inci komen dan juga teguran walaupun anda merasa anda berada dilandasan yang terbaik. Mendengar kritikan adalah pekara yang terbaik agar perjuangan kita tidak tersasar jauh. Semakin banyak kritikan diberikan semakin banyak menunjukkan warga UTP mengambil berat dan sayang akan RM.
Saya menyeru kepada warga UTP, berikan kritikan dan teguran mengikut cara yang baik. Dengan cara yang baik, manusia akan mendegar setiap teguran. Percayalah.. jgn ikut emosi untuk anda mengkritik sesungguhnya manusia bencikan kekerasan..
Baiklah berbalik kepada tajuk, saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai kepimpinan dan juga tanggungjawab. Apabila kita sudah dilantik untuk menjadi seorang pemimpin maka tanggungjawab adalah sangat berat. Lebih-lebih lagi anda sebagai ketua kepada “suatu tempat” seperti MPPUTP. Maka tanggungjawab anda terletak disetiap inci kawasan UTP. Beratkan tanggungjawab itu. Andaikata anda terlepas pandang tentang satu masalah kebajikan pelajar anda akan dipersoalkan kelak kerana anda telah sanggup untuk menjadi pemimpin dan telah bersetuju maka anda perlu untuk membantu dalam kebajikan dan kemaslahatan seluruh pelajar UTP.
Bak kata-kata yang terdapat dalam banner calon no 1, Muhammad Haniff, “LEADERSHIP IS ACTION NOT POSITION”. Maka secara taksirannya, tindakan adalah penentu kualiti kepimpinan seorang pemimpin itu. Andai kata, tindakan itu adalah tindakan yang betul dan terbaik, maka sudah pasti kepimpinan pemimpin itu dipuji. Andai kata tidak, maka banyaklah kritikan, teguran dan ketidakpuashatian dikalangan masyarakat kita seterunya anda gagal untuk menjadi seorang pemimpin.
Mungkin akan ada orang akan berkata: “cakap senang la, buat tuh yang susah. Dia ni pandai cakap je, try duduk kerusi MPP ni, baru tau senang atau susah”. Saya tidak kisah andai ada kata-kata itu muncul dan terpacul dikalangan anda dan ditujukan kepada saya, kerana saya akui saya bukannya seorang leader yang baik, tapi saya adalah seorang follower yang baik. Maka dengan kesedaran itu, saya tidak mampu untuk bertanding menjadi MPPUTP dan seterusnya memikul tanggungjawab yang amat berat untuk membersihkan nama MPP setelah sekian lama tercalar disebabkan pelbagai masalah dalam kepimpinan. Maka pesanan saya, cuba usaha yang terbaik kearah memberikan nafas baru kepada MPP kepada warganya, itu sudah menunjukkan anda melakukan kerja seikhlas mungkin dan seamanah mungkin. InsyaAllah dengan keikhlasan anda, anda akan mendapat sesuatu sebagai bayaran kembali kepada keikhlasan yang anda lakukan.
Sebelum saya mengundur diri dan berehat untuk membincangkan dunia politik di utp, saya ingin mengingatkan anda semua, bahawa UTP adalah medium untuk anda semua mendapat pengalaman dalam kepimpinan. Kepimpinan yang dicorakan haruslah yang berkualiti, terbaik dan tidak kotor. Agar hasilnya nanti, apabila anda berada didunia sebenar anda tidak tersilap langkah. Andai corak yang anda terima di UTP kotor, maka hasilnya nanti akan kotor. Saya percaya anda semua, sudah cukup matang untuk membezakan yang baik dan yang buruk. Tepuk dada tanyalah iman. Bak kata Dato’ Ustazah Nurbaihiyah, ANDA BUAT, ANDA DAPAT.
Akhir kata, jika ada dikalangan pembaca terasa hati dengan penulisan anda, saya mintak maaf dengan menyusun sepuluh jari saya. Saya hanya insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan dan dosa. Saya terbuka untuk menerima kritikan dari anda semua, kenapa anda tidak boleh? Cuba fikirkan sejenak untuk kebaikan bersama…
satu karya penulisan yang baik dari saudara Mino. Betul, kita perlu menerima perbezaan pandangan. Andai cadangan /komen/itu baik ambillah. Jika tidak tinggalkanlah.
teruskan menulis.