L A N G K A H S E P I- Suka Duka Permainan Kehidupan...

Antara Manusia dan Insan

Setahun lebih diam membisu.

Posted by aminur87 on Disember 6, 2011
Posted in: coretan hati. Tinggalkan Komen

Salam semua.

Mungkin dapat aku kongsikan sedikit cerita terbaru mengenai aku. Tahun lepas aku sudah pun menghabiskan pengajian di peringkat Sarjana Muda. Alhamdullilah. Aku rasa sangat bangga dan Ijazah ini adalah untuk Mak dan Abah aku. Aku tahu mereka menunggu saat ini.  Aku berjaya membuat mereka menitiskan air mata kegembiraan. Aku tahu itu adalah hadiah yang terbaik yang boleh aku berikan kepada mereka.

Aku sekarang ini pun dah bekerja. Alhamdullilah aku suka akan kerja aku walaupun tidak berkaitan dengan bidang dan  jurusan yang aku ambil ketika universiti. Mungkin ramai yang berpendapatan aku membazirkan masa aku di university dan akhirnya aku memilih pekerjaan dalam sector lain. Aku suka untuk bawa korang membuka dimensi pekerjaan yang lebih meluas. Bagi aku, prinsip paling mudah ialah kerja yang kitayang dpilihperlu  berdasarkan kecenderungan dan minat kita. Kalau kerja kita tak minat, jangan cakap lah, memang tidak rasa seronok langsung dan yang paling teruk nak bangun awal untuk bangun ke kerja setiap hari pun akan rasa malas. Mungkin ini adalah rezeki yang  telah ditetapkan oleh Allah. Aku bersyukur untuk segala-galanya. Ok, selesai bab kerjaya.

Bila umur kita semakin meningkat ini, pemikiran kita secara automotik akan menjadi matang. Bukan aku nak cakap aku ni matang sangat tapi korang dapat rasa perubahan cara korang berfikir. Korang akan sentiasa memikirkan masa depan korang dan juga merancang milestone yang korang nak cipta dalam kehidupan korang. Bila nak kahwin, beli rumah , tolong mak ayah dan segalanya. Nasihat aku dekat korang janganlah mudah membuat sesuatu tanpa berfikir panjang, nanti buruk padahnya. Aku sendiri pun, bila dah berkerja ini ada je kesalahan yang dibuat. Lepas tuh baru lah rasa menyesal. Biarkan lah apa yang terjadi dalam hidup korang, sesungguhnya aku percaya pengalaman adalah guru yang terbaik untuk kita.

Cukup lah entry untuk kali ini, aku akan update sekerap mungkin. Satu pesanan ikhlas dari aku sebelum tutup entry ini, bahagiakan lah kedua ibubapa kita sebelum mereka menutup mata di dunia ini dan sejauh mana masalah korang, jangan mudah berputus asa. Berdoalah kepada tuhan mu dan jangan menyerah kalah. Andai hari ini kita diberikan  ribut petir dan hujan yang lebat, aku percaya satu masa pelangi yang cantik akan muncul untuk mengembirakan korang semua. InsyaAllah….

Sedikit cerita..

Posted by aminur87 on April 7, 2010
Posted in: Uncategorized. Tinggalkan Komen

Aku mengalami masalah tekanan yang sangat tinggi

Tido adalah kerja pertama aku dan kedua belajar.

Facebook kini menjadi teman karibku

Hidup di UTP semakin tak best.

Aku rindu kat mak dan ayah aku sangat

Aku akan abis belajar bulan 6 nie.

Aku tidak sabar!!!!!!!!

ok aku dah siap nak gi petronas research kat Bangi, Selangor

Akhir kata, sori Entry meroyan dan gila sedikit.. huhu

Update terbaru.

Posted by aminur87 on Februari 27, 2010
Posted in: Uncategorized. 1 komen

Hai semua. Memang susah untuk memberikan informasi terkini tentang diri aku ini. Ntah la, aku rasa minat aku untuk menulis blog sudah semakin pudar. Mungkin tidak banyak pekara yang berlaku dalam hidup aku serta asyik duduk depan pc ini dan menghadap facebook 24 jam. Aku pun tak tau lah kenapa aku menjadi ketagih sangat kepada facebook ini. Rasa pelik jugak. Dulu friendster tak da lah seketagih facebook ini. Mungkin banyak sngat applikasi yang menarik yang terdapat secara percuma pada facebook ini.

Ok lah aku nak cerita tentang satu kejadian yang mengejutkan aku. Cerita nya bergini. Pada hari rabu yang lepas, aku gigih untuk melawat IRC carnival kat utp ini. Ye lah, nak melihat apa-apa yang menarik di carnival itu. Sedang aku berjalan-jalan sekitar tapak carnival, aku ternampak yang aktiviti derma darah pun ada juga kat carnival tersebut. Jadi aku menjadi begitu teruja kerana sudah lama aku tak menderma darah. Aku pun mengajak teman yang menemani aku untuk pergi teman aku menderma darah. Setelah abis mengisi borang, aku pun beratur untuk menjalani saringan kesihatan iaitu berat dan juga tekanan darah untuk memastikan yang penderma sihat dan boleh menderma darah.

Aku punya lah cuak kat situ. Bukan cuak jarum nak kene cucuk ke, cuak kat alat penimbang berat. Jika penimbang berat yang jenis biasa digunakan, maka berat aku akan “out of scale”. Malu kot nak tunjuk kat semua orang berapa berat aku. Padahal tak sedar diri memang aku nie gemok pun. Orang dari jauh pun dah boleh agak berat aku berapa dan boleh tergolong dalam orang yang obesiti. huhu. Sampai-sampai je pada doktor, aku terus risau bila dia suruh naik ke atas alat penimbang tuh. Aku pun cakap kat doktor tuh, yang aku rasa berat aku akan melebihi skala berat yang ada pada penimbang tuh. HAHAHA. Semua orang gelak. siot je. Tapi Dr tuh kata tak pe. Dia boleh agak, so aku naik je la. lepas je naik ke atas penimbang dan turun, doktor tuh pun ckap “jangan risau tak da limit berat untuk derma darah”. Fuhh terus lega, tapi orang ramai dah tengok aku dah. Sebab aku terlampau mesra dan juga membawa body guard yang ramai antaranya hilal, muiz, adeera, nash dan pullah. huhu

Selesai ujian menimbang berat badan, seterusnya ujian tekanan darah. Aku sekali lagi ditertwakan bebudak nie yang tangan aku besar tak leh muat alat menguji tekanan darah yang elektronik. Terpaksa lah pakai yang manual je. Yang ada pam pam tuh. Klasik kan alat tuh, tapi menurut doktor alat klasik nie lagi tepat dari elektronik version. Sebab ada error kekadang. huhu. Sambung balik citer. Lepas je aku diuji dengan alat itu, Dr tuh cakap ” Tekanan darah awak nie tinggi sangat ni. 158/80. dan awak orang paling tinggi saya check hari nie”. Ya Allah, terus dari gelak ketawa tadi, kitorang jadi serius. Dr suruh aku cepat2 pergi buat ujian kesihatan sebab aku mmg tak pernah ada darah tinggi dan parent aku dua2 tak da darah tinggi. So aku mmg cuak giler. ye lah nanti nak kerja , kene medical check up semua. Kalo ada drah tinggi mcm maner nak jadi engineer. Aduss. aku binggung kejap.

Lepas je keluar dari tempat tuh, aku terus buat keputusan nak jumpa dr di puast kesihatan utp. Terus gi klinik. Gigih dan cuak. Sampai je klinik utp, dah siap register2 bagai. Aku terus dipanggil jumpa Dr. Tak sampai 5 minit je pun, Dr menguji tekanan darah aku dan terus Dr decide suruh pergi ke hospital batu gajah untuk membuat ujian selanjutnya kerana kat UTP, kurang peralatan untuk membuat pemeriksaan lanjutan. Aku pun diberikan surat untuk pergi keesokan hari iaitu pagi khamis.

Aku memang cuak habis lah, mana tak nya kalo aku ada darah tinggi mmg gelap masa depan aku. So pukul 7.45 pagi aku memandu keseorangan untuk ke hospital batu gajah. Dalam hati rasa nak abis kan cepat2 benda ni. Sama ada aku positif darah tinggi atau pun tidak. Dah sampai sana, dah register semua. Kene lah tunggu lamaer giler. Maklum lah hospital kerajaan, banyak patient. Kenelah tunggu berjam2. Padahal aku dah sampai awal. Tetap no giliran aku 89. Dah ramai dah lagi awal dari aku, makna nya aku lambat lah. huhu.

Lebih kurang kol 10.35 baru lah giliran aku tiba. Masuk sahaja tempat pemeriksaan dan menyerahkan surat yan diberikan kepada Dr bertugas aku pun memulakan tutur bicara. Dr semua maklumat yang perlu. Dr pun menjalankan tugas, membuat pemeriksaan. Selesai semua pemeriksaan yang dijalankan. Dr pun membuat kesimpulan yang aku negetif darah tinggi. Mungkin tanda2 awal darah tinggi sahaja yang diberitahu Dr. Bermakna jika aku tidak menjaga makan dan minum dan berat badan aku makin naik, so nye aku akan mudah mendapat penyakit darah tinggi. Dr menasihati untuk aku menurunkan berat badan dalam 5-10 kg lagi untuk mestabilkan tekanan darah aku. Dia memberikan cadangan supaya mengamalkan makanan yang sihat dan pergi bersenam untuk meningkatkan mutu kesihatan badan aku. Dia juga merumuskan yang aku mungkin stress ketika itu dengan tugasan2 tahun akhir yang perlu untuk diselesaikan tapi Dr mengatakan itu bukan alasan. Sepatutnya jika kita stress kita perlu bersenam untuk menghilangkan stress dan memastikan kesihatan kita tidak terganggu.

Alhamdullilah, aku masih lagi dikurniakan dengan kesiahatan yang baik, walaupun tanda-tanda itu sudah ada. Maka aku kene untuk memastikan aku menjalani kehidupan yang sihat, jika tak harapan nak jadi engineer mmg pudar lah. huhu. lagi satu kepada orang2 yang membaca entry ini, silalah memastikan kesihatan adan berasa di tahap yang baik. Selalu pergi berjumpa dengan Dr untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Jangan terlambat, bak kata pepatah mencegah lebih baik dari mengubati. huhu. Aku berdoa kepada Allah agar kita semua diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan masing-masing dan berjaya mendapat apa yg dihajati dalam hidup. Sekian~~

P/s: jika ada kesalahan ejaan, mintak maaf banyak. Saya tengah mengantuk ketika menulis entry ini. sekian~~

Kembali semula…

Posted by aminur87 on Februari 2, 2010
Posted in: Uncategorized. 2 comments

Hai semua pasti ramai yang rindukan tulisan aku yg sngt mengancam di alam maya nie kan? Bermula saat ini aku akan rajin menulis kembali blog ini agar rating blog aku meningkat seperti dulu kembali. Aku mahu menjadi blog of the year, selepas tahun lepas aku gagal mendapatkna anugerah ini. hahaha..

Aku akan mengubah layout blog ini supaya lebih nampak terkini, sensasi dan feminin supaya pembaca sekali tidak akan bosan. Langkahsepi ini akan kekal menjadi trademark blog ini. Cuma content dan penulisan sahaja yang akan mengikut rentak citarasa terkini. Aku akan sentiasa mengemaskini blog ini dan menceritakan tentang pengajian tahun akhir seorang manusia yang tak berberapa pandai di universiti yang pelajarnya pandai-pandai belaka.

Nantikan kemunculan terbaru blog ini. Akhir kata semoga setiap detik yang kita lalui akan menjadi satu kenangan yang palaing indah dalam kehidupan kita. Berusaha memperbaiki diri dan yang paling penting selamat beramal……..

Hidup ini~~

Posted by aminur87 on November 15, 2009
Posted in: Uncategorized. 1 komen

Aku ingin berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Kembali kepada pekara azali sebagai hamba dimuka bumi ini

Ingin mencari hidayah yang agung dari tuhan

Namun semua itu terlalu sukar hendak dicapai

Aku telah terbiasa dengan pekara biasa

Pekara biasa yang tidak mendidik aku menjadi baik

Aku mohon dari mu berikan lah petunjuk dan juga cahaya hidayahMu untuk membimbing diri ku yang hina lagi jahil…

Ya Allah aku mohon dari mu…..

Pulau Langkawi, Lagenda Mahsuri….

Posted by aminur87 on November 5, 2009
Posted in: Uncategorized. 3 comments

Hujung minggu lepas adalah hujung minggu yang paling best. Mana taknya aku berjaya menjejakkan kaki ke Langkawi kali kedua setelah 10 tahun yang  lepas. Sungguh lama kan. Tapi kenangan 10 tahun dulu masih lagi aku ingat, sebabnya itu adalah hadiah dari mak aku sempena pencapain cemerlang UPSR. Rasa nak nangis jerk bile teringat benda nieh. Rindu kat mak aku skang nieh. I am really homesick right now. Rindu my mum so much…..

Ok berbalik kepada cerita, sebenarnya perancangan kami ke Langkawi adalah secara spontan. Aku memang suker rancang sesuatu pekara dengan spontan kerana selalu apa yang aku rancang jadi. Tapi bila aku rancang berbulan-bulan, mesti tak jadi. Selalu frust.. hahaha. Bersama aku kali ini, adalah rumate aku, pullah dan ismal, my best frend. Perancangan tak sampai 20 minit dan kata sepakat dicapai yang destinasi pilihan adalah Langkawi. Huhu

Kami bergerak dari UTP lebih kurang pukul 3.15 minit pagi menaiki kereta antik aku. Tetap teguh dijalan raya keretaku walaupun sudah berusia hampir dengan tuanya. HUHU. Kami sampai di jeti kuala perlis tepat pukul 7.10 minit pagi. Sampai je, kami terus beli tiket feri pukul 8.00 pagi. Sementara tunggu untuk menaiki feri, kami sempat membersihkan diri di toilet feri kuala perlis dan pergi bersarapan di kedai hadapan feri. Rasa tak sabar nak naik feri memang tak dapt dibendung lagi. Ye la dah lama kot tak gi langkawi. Rasa nak sampai cepat-cepat je.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dan 15 minit untuk sampai ke Jeti langkawi bergantung pada keadaan laut dan juga cuaca. Memula sampai ke jeti, secara jujur aku katakana kami tiada plan langsung. Nak gi mana dan menaiki apa. So kami decide untuk meyewa kereta kerana sangat jimat berbanding menggunakan teksi.

Antara tempat yang kami lawati ialah makan mahsuri, geopark langkawi dan juga bershopping di pekan kuah membeli coklat dan juga bahan beracun. Huhuhu. Perjalanan sangat menyeronok kan. Siyes terutama dapat meluangkan masa ketika tengah stress. Kami pulang menaiki feri pukul 5.30 petang dan delay lama nak mampos. Samapi ke jeti kuala perlis pukul 7.20 malam dan kami terus bertolak pulang. Alhamdullilah kami selamat tiba ke UTP pukul 12.20 minit malam. Kami hanya berhenti di RnR Gurun untuk mandi dan membersihkan diri serta makan.

Akhir bicara, aku nak ucapkan terima kasih kepada ismal dan pulah kerana merialisasikan idea gila aku pada hari itu. Kepada abg dan akak kastam terima kasih kerana tidak membuat hal. Kalo tidak abis kopak duit nak bayar duit cukai dan terakhir to my beloved car. Tanpa anda mungkin rancangan ini tinggal kenangan. huhu

Ismal1235 copy

Ismal1237 copy

Ismal1238 copy

Ismal1242 copy

Ismal1249 copy

Ismal1253 copy

Ismal1254 copy

Ismal1255 copy

Ismal1257 copy

Ismal1259 copy

Ismal1260 copy

Ismal1262 copy

Ismal1264 copy

Ismal1280 copy

Ismal1282 copy

Ismal1283 copy

Ismal1300 copy

Ismal1302 copy

Ismal1311 copy

Ismal1312 copy

Ismal1317 copy

Ismal1318 copy

Ismal1319 copy

Ismal1320 copy

Ismal1322 copy

Ismal1328 copy

Ismal1329 copy

Ismal1334 copy

Ismal1339 copy

Ismal1344 copy

Ismal1351 copy

Ismal1354 copy

Ismal1358 copy

Kritikan terakhir untuk dunia politik UTP.

Posted by aminur87 on November 1, 2009
Posted in: Uncategorized. 1 komen

Salam semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat. Semakin lama semakin panas politik UTP. Saudara Rausyanfikir memanggil bulan oktober 2009 sebagai bulan revolusi kepada politik UTP. Mungkin ada benarnya, semakin banyak penulisan mengenai PRK UTP ditulis oleh warganya. Mungkin medium blog yang dirasakan selamat untuk mengkritik adalah penyebabnya. Mungkin kebanyakkan warga UTP tidak berani menegur secara bersemuka dengan RM kerana mungkin antara anggota RM adalah kawan baiknya sendiri. Maka medium ini adalah yang terbaik agar teguran dapat diberikan dan seterusnya proses pembaikpulih dalam penjenamaan semula nama RM akan berlaku. Mungkin bulan-bulan yang mendatang adalah BULAN REVOLUSI RAKAN MASJID. InsyaAllah. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk islam.

Sekali lagi saya katakana saya bukan pembenci RM seperti yang saya komen keatas penulisan zamankini.blogspot.com. Malah saya tiada masalah dengan ahli RM yang terdiri dari rakan-rakan saya sendiri. Saya juga memuji sokongan yang saudara presiden RM, saudara Akram ketika Debat Alam Sekitar. Saya berterima kasih atas sokongan anda untuk pekara tersebut.Jangan tersalah tafsir tentang teguran dan juga kritikan saya. Saya hanya memberikan yang terbaik untuk agama saya. Terimalah dengan hati yang terbuka dan ambilah tindakan sewajarnya.

Saya ingin berkongsi cerita dengan anda semua tentang dunia debat. Walaupun team UTP hebat dalam dunia debat dan team UTP banyak merangkul johan dalam banyak pertandingan, adakah kami tidak akan menerima kritikan dari hakim untuk memperbaiki cara perdebatan kami. Malah jika pasukan junior yang terdiri dari pelajar tahun asas menegur kami, kami terima sahaja. Tidak melenting dan tidak pernah marah. Kerana dengan cara itu kami percaya, prestasi kami boleh dipertingkatkan untuk pertandingan akan datang.

Walaupun kritikan itu pahit untuk kami terima, namunkami tetap terima dan cuba memperbaiki untuk pertandingan yang akan datang walaupun pada ketika ini anda adalah pasukan gergasi dalam debat. Jangan mudah berpuas hati dengan pencapaian ketika ini, kerana ianya mampu untuk menjatuhkan anda di kemudian hari.  Secara simantiknya, seharusnya warga RM menilai setiap inci komen dan juga teguran walaupun anda merasa anda berada dilandasan yang terbaik. Mendengar kritikan adalah pekara yang terbaik agar perjuangan kita tidak tersasar jauh. Semakin banyak kritikan diberikan semakin banyak menunjukkan warga UTP mengambil berat dan sayang akan RM.

Saya menyeru kepada warga UTP, berikan kritikan dan teguran mengikut cara yang baik. Dengan cara yang baik, manusia akan mendegar setiap teguran. Percayalah.. jgn ikut emosi untuk anda mengkritik sesungguhnya manusia bencikan kekerasan..

Baiklah berbalik kepada tajuk, saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai kepimpinan dan juga tanggungjawab. Apabila kita sudah dilantik untuk menjadi seorang pemimpin maka tanggungjawab adalah sangat berat. Lebih-lebih lagi anda sebagai ketua kepada “suatu tempat” seperti MPPUTP. Maka tanggungjawab anda terletak disetiap inci kawasan UTP. Beratkan tanggungjawab itu. Andaikata anda terlepas pandang tentang satu masalah kebajikan pelajar anda akan dipersoalkan kelak kerana anda telah sanggup untuk menjadi pemimpin dan telah bersetuju maka anda perlu untuk membantu dalam kebajikan dan kemaslahatan seluruh pelajar UTP.

Bak kata-kata yang terdapat dalam banner calon no 1, Muhammad Haniff, “LEADERSHIP IS ACTION NOT POSITION”. Maka secara taksirannya, tindakan adalah penentu kualiti kepimpinan seorang pemimpin itu. Andai kata, tindakan itu adalah tindakan yang betul dan terbaik, maka sudah pasti kepimpinan pemimpin itu dipuji. Andai kata tidak, maka banyaklah kritikan, teguran dan ketidakpuashatian dikalangan masyarakat kita seterunya anda gagal untuk menjadi seorang pemimpin.

Mungkin akan ada orang akan berkata: “cakap senang la, buat tuh yang susah. Dia ni pandai cakap je, try duduk kerusi MPP ni, baru tau senang atau susah”. Saya tidak kisah andai ada kata-kata itu muncul dan terpacul dikalangan anda dan ditujukan kepada saya, kerana saya akui saya bukannya seorang leader yang baik, tapi saya adalah seorang follower yang baik. Maka dengan kesedaran itu, saya tidak mampu untuk bertanding menjadi MPPUTP dan seterusnya memikul tanggungjawab yang amat berat untuk membersihkan nama MPP setelah sekian lama tercalar disebabkan pelbagai masalah dalam kepimpinan. Maka pesanan saya, cuba usaha yang terbaik kearah memberikan nafas baru kepada MPP kepada warganya, itu sudah menunjukkan anda melakukan kerja seikhlas mungkin dan seamanah mungkin. InsyaAllah dengan keikhlasan anda, anda akan mendapat sesuatu sebagai bayaran kembali kepada keikhlasan yang anda lakukan.

Sebelum saya mengundur diri dan berehat untuk membincangkan dunia politik di utp, saya ingin mengingatkan anda semua, bahawa UTP adalah medium untuk anda semua mendapat pengalaman dalam kepimpinan. Kepimpinan yang dicorakan haruslah yang berkualiti, terbaik dan tidak kotor. Agar hasilnya nanti, apabila anda berada didunia sebenar anda tidak tersilap langkah. Andai corak yang anda terima di UTP kotor, maka hasilnya nanti akan kotor. Saya percaya anda semua, sudah cukup matang untuk membezakan yang baik dan yang buruk. Tepuk dada tanyalah iman. Bak kata Dato’ Ustazah Nurbaihiyah, ANDA BUAT, ANDA DAPAT.

Akhir kata, jika ada dikalangan pembaca terasa hati dengan penulisan anda, saya mintak maaf dengan menyusun sepuluh jari saya. Saya hanya insan biasa yang sentiasa melakukan kesilapan dan dosa. Saya terbuka untuk menerima kritikan dari anda semua, kenapa anda tidak boleh? Cuba fikirkan sejenak untuk kebaikan bersama…

Pilihanraya kampus UTP-satu pandangan peribadi.

Posted by aminur87 on Oktober 28, 2009
Posted in: Uncategorized. 6 comments

Salam semua. Sudah lama saya membiarkan blog saya bersawang tanpa sebarang bahan bacaan untuk semua. Mungkin hanya satu perkataan sahaja yang boleh aku berikan, aku busy, ketika banyak pekara sudah mencapai due date for submition dan juga presentation disini dan disana.

Kali ini aku ingin berkongsi tentang pilihan raya kampus UTP. Seperti sedia maklum, para pelajar UTP tengah “selesema” pilihanraya. Aku tidak boleh meletakkan perkataan demam pada situasi ini kerana pilihanraya UTP selalu hambar kerana tidak mendapat sambutan di kalangan pelajarnya sendiri. Mungkin ini adalah pekara cliché yang setiap kali pilihanraya pasti akan berlaku pekara ini.

Termasuk tahun ini, plihan raya bagi general constitution hanya 6 calon yang bertanding, dan program constitution semua calon menang tanpa bertanding. Bayangkan jarang sekali situasi menang tanpa bertanding berlaku di IPT lain. Mungkin alas an yang ingin diberikan ialah kita IPTS. Kita berbeza dengan IPTA. Mungkin ada kebenaran disitu, tapi kenapa pekara ini sering sahaja berlaku dan semangat pilihanraya tiada dalam diri setiap pelajar UTP termasuk saya.

Secara jujur saya katakan saya tidak suka politik UTP. KENAPA?

1)      Saya pernah mengaggotai rakan exco MPPUTP pada satu ketika dahulu. Saya akui saya pernah memasang niat untuk bertanding  dan menjadi salah seorang wakil pelajar dan membawa bercita-cita untuk membawa suara pelajar berada ditempatnya tersendiri. Namun saya melihat pelbagai masalah yang berlaku dalam kepimpinan MPPUTP. Saya tidak mengatakan mereka tidak layak untuk menjadi MPP, tetapi cara mereka berkerja tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib dan kebajikan pelajar. Mungkin terdapat banyak halangan untuk memastikan setiap suara pelajar didengari oleh pihak pentadbir.

Namun fungsi MPP masih tidak bergerak disebabkan kegagalan untuk meyakinkan pelajar bahawa MPPUTP adalah badan kebajikan pelajar dan pelajar harus menggunakan MPP sebagai wadah untuk bersuara kepada pihak pentadbir. Mungkin pekara ini indah khabar dari rupa. Masih ingatkah anda, semasa sayaditahun dua dan tiga, pelajar  menyalurkan masalah tentang kebajikan mereka terus ke rector kita tanpa melalui MPP. Kenapa? Bukan kah MPP adalah badan suara pelajar? Bukan kah MPP menjaga kebajikan pelajar? Tapi mereka tidak juga menggunkan MPP, kerana pelajar muak dengan MPP tanpa ada tindakan susulan walaupun masalah berlarutan pada masa yang lama. Mungkin untuk menyelesaikan pekara itu mengambil masa yang lama perlu melalui rundingan dan sebagainya. Tapi paling kurang berikanlah penjelasan kepada pelajar. Sehingga pelajar tertanya-tanya apakah status kepada pekara tersebut, sudah ada tindakan atau tidak. Kekal senyap dan sunyi tanpa sebarang berita….

2)      Sindrom MPP-RM. Yup saya katakan pekara ini wujud, mungkin ada perkaitan antara dua badan ini. Namun itu bukan masalahnya. Masalahnya wujud ketika kempen pilihanraya. Kalau calon MPP dari RM, penyokongnya sudah pasti ada dikalangan RM. Yang menjadi egen mereka adalah kawan baik calon itu yang mungkin berasal dari RM. Namun, saya tidak menyukai cara mereka berkempen. Kenapa?

Kerana perayu-perayu undi ini bukan mempopularkan calon mereka dengan memberi sebab dan musabab kenapa perlu mengundi calon mereka, malah mereka menggunakan strategi memburukan calon lain untuk merayu undi. Mungkinstrategi ini tidak dilakukan oleh semua perayu undi namun, perayu undi yang datang pada saya ketika waktu muda-muda di UTP dulu pernah lakukan. Bayangkan Sungguh tidak manis dipandang oleh orang apabila kita berketayap, kopiah dan berserban untuk merayu undi, tetiba kita mengutuk dan memburukkan calon lain. Itu adalah satu strategi yang salah dan kotor, sepatutnya perayu-perayu undi ini hanya perlu mempromosikan calon mereka sahaja. Bukan memburukan calon lain. Kalo calon anda hebat, sudah pasti anda Berjaya mempegaruhi pelajar-pelajar untuk mengundi calon anda tanpa perlu memburukan calon anda. Mudah sahaja.

Analogi cukup mudah, kalo anda ingin menjual produk kesihatan anda, anda tidak perlu untuk menceritakan keburukan produk kesihatan yang lain. Cukuplah anda menceritakan kehebatan produk kesihatan anda. Jika betol produk anda bagus, sudah pasti ramai yang membeli. Tidak perlu orang membeli produk anda kerana anda menceritakan keburukan produk lain, walhal produk anda 2X5 dengan produk yang anda buruk-burukan. Cuba anda fikirkan apa kesan kepada pengguna jika membeli produk anda kerana terpenguh dengan keburukan produk lain yang dicanang-canang oleh anda ketika menjual produk tersebut, dan produk anda  tidak berkualiti lah pulak!!. Apa akan tejadi,Haru biru la jawapnya nanti.

3)      Kebanyakkan event-event diUTP yang dianjurkan oleh MPP sendiri dinominasi oleh kroni-kroni mereka sahaja. Sehingga ada seorang sahabat saya, yang bukan beragama islam berkata, jika saya bukan RM, saya tidak akan dapat masuk mana-mana event dari MPP. Sampai begitu sekali tanggapan negatif mereka. Saya tidak kisah andai ahli-ahli ajk tertinggi mahupun rendah dikalangan RM, tapi pastikan mereka berkelayakan untuk mendapat position tersebut dalam sebuah event. Selalu saya lihat, kekadang HICOM event-event ini, kurang pengalaman untuk menjawat jawatan tersebut, tapi diambil untuk jawatan tersebut dan orang yang layak diletakkan hanya menjadi ahli committee biasa dalam event tersebut. Malah ada yang tidak datang untuk ditemuduga mendapat jawatan yang tinggi seperti head of department(HOD).

Saya tidak kisah andai calon ini layak untuk menjawat jawatan tersebut. Namun mata yang memerhati ini akan menyebabkan hati kita terdetik, “Eh apsal budak nie leh jadi HICOM nieh, sedangkah dia teruk buat kerja, pengalaman pun tak da” dan “ Eh apsal si A tuh tak jadi HOD sedangkan dia banyak kot join event-event sebelom nie”, Kata B kepada C dan didengari oleh D, E dan F.

Apa bila pekara ini berlaku, sudah pasti kepimpinan MPP akan tercalar sedikit. Orang akan berkata, MPP mengamalkan kroni sahaja. Walaupun sistem pemilihan adalah terbuka kepada semua. Kenapa, wujud pekara ini, andai mereka bukan dari kalangan kumpulan anda, dan mereka berkelayakkan untuk menjawat jawatan tersebut, kenapa masih tidak terpilih? Mungkin keputusan ditangan anda dan anda ada berhak untuk memberikan seribu satu alas an kenapa memilih mereka, namun logic akal dan kreteria pengambilan haruslah diutamakan. Gunakanlah motto ini untuk event anda, Jika anda hebat, anda akan terpilih.

4)      Sepanjang saya bergelar pelajar UTP hampir genap 4 tahun dan 6 bulan, masalah-masalah sewaktu saya tahun asas, masih berulang tanpa ada penyelesaian. Ini lah sebab dominan yang saya tidak suka dengan pilihanraya UTP. Wakil MPP, silih berganti bertukar. Namun masalah tidak pernah diselesaikan. Mungkin andaian saya, mereka dah menjalankan tugas, namun terdapat halangan-halangan dari pentadbiran yang menghalang untuk pekara tersebut selesai. Mungkin apa yang kita harapkan tidak semua akan tertunai, tetapi ingat hak kita sebagai pelajar, dan hak itu harus setiap pelajar nikmati, maka masalah itu harus diselesaikan. Anda pemimpim kami. Anda bertanggungjwap untuk memastikan hak kami yang membayar yuran setiap tahun boleh dinikmati. Jika masalah masih tidak selesai, sila tampil membuat pengumuman, letak kan di notis board atau pun menggunakan medium anda seperti eleraning dan sebagainya.  Mungkin pelajar dapat mengetahui apakah status malasah ini dan bukan hanya senyap tanpa khabar berita.

Mungkin ada dikalangan pembaca nanti mengatakan saya ini cakap banyak je, pergi lah jadi MPP. Jawapan saya mudah, saya tidak layak menajdi MPP. Saya sudah cemin diri saya sendiri. Maka anda yang rasa diri anda layak untuk bertanding, harulah menjalankan tugas dengan baik, jika dipilih. Jangan sambil lewa sahaja, kelak dipersoalan disana nanti.

Namun saya mengharapkan sebelum saya meniggalkan kampus tercinta ini, Wakil MPP yang dipilih kali ini akan mengubah segala persepsi buruk saya pada pilihanraya UTP dan MPP. Mungkin mereka mampu membuatkan saya gembira untuk meniggalkan UTP dan saya boleh berbangga untuk menceritakan MPPUTP best, walaupun kami dari IPTS. Kawan saya dari UPM, merupakan presiden MPP disana, Beliau dikenali ramai seluruh warga UPM dan kepimpinannya amat dihormati dah disegani oleh warga UPM. Kenapa anda tidak boleh lakukan sedemikian. Jika anda dipilih menjadi pemimpin nanti dan membaca penulisan ini, sila berfikir sejenak dan lakukan perubahan. Anda wajib membersihkan nama MPPUTP dari pandangan serong dari masyarakatnya sendiri. Berani menerima cabaran, mesti berani melakukan tindakan.

Batch Dinner: Rockstar class of 2010

Posted by aminur87 on Oktober 11, 2009
Posted in: Uncategorized. Tinggalkan Komen

rock you123

With my best ever gang, GENG KAIN PELIKAT.. huhu

Theme Dinner: Rockstar

Location: Clear Water Golf and Sanctuary Resort

p/s: nanti aku cerita detail.. tak da masa nak update.. huhu

Final Year Project, menarik tak?

Posted by aminur87 on September 15, 2009
Posted in: Uncategorized. 1 komen

Hari nie saya nak bercerita tentang tajuk projek tahun akhir saya.  Memang saya akui tajuk nie susah sngt nak buat sebab ada kaitan geogology dah juga geosciene walhal aku ambil chemical. Tapi rasa saya best sebab project saya berkaitan alam sekitar. Saya patut berbangga kerana diberikan otak dan ilmu untuk berbakti kepada alam ciptaan tuhan ini.

Tajuk projek saya ialah “Remediation and mitigation measures for slowing down the decomposition of black shale at Batu Gajah, Perak”. Korang mesti tidak tau apa sebenarnya projek aku melalui tajuk nie kan. Aku pun pening gak memula. Rasa down sngt…. Tapi bila dan buat research dan juga bertanya kepada Professor saya iaitu supervisor saya baru lah dpt sikit2 info dan cahaya mengenai apa sebenarnya projeck ini. hahahaha

Berbalik kepada cerita asal. Black shale nie sebenarnya mengandungi sejenis bahan yang dinamakan pyrite (FeS2) dimana apabila pyrite ini terdedah kepada air dan juga udara(oksigen), proses oxidation secara semulajadi akan berlaku. Kesan kepada alam sekitar yang boleh terjadi, pertama wujud persekitran berasid yang akn membunuh semua tumbuhan dan juga binatang jika pekara ini tidak terkawal. Kedua mencemarkan sumber air bersih dibawah tanah dan juga di tempat takungan air seperti tasik dan juga kolam dimana air ini mengalir dan seterus membunuh hidupan aquatic serta menjadikan tempat takungan air berwarna kuning atau istilahnya dipanggil “yellow boy”. hal ini berlaku kerana pyrite yang mengandungi ferum iaitu besi akan teroksida dari ferum(II) kepada ferum(III). Kan kat sekolah menengah dulu kalo sesapa ambil kimia, ferum(III) berwarna kuning. So ini lah yang terjadi. warna kuning dan juga larutan berasid iaitu acid sulfurik dari kandungan sulfur batu tadi.

Dalam kes jalan batu gajah ini, Black shale nie dulu terbenam atau pun berada dalam ataupun bawah tanah. Maka proses oxidation nie tak berlaku sebab tak wujud air dan oxygen dalam tanah. Macam mana black shale ini boleh terkeluar dan terdedah ke pada persekitaran, iaitu kerana proses menarah bukit dan juga mengorek kawasan tersebut untuk membina jalan baru ke batu gajah telah pun dilaksanakan. Maka batu tuh dah terdedah kepada udara dan air(melalui hujan dan sebagainya) yang dulunya duduk diam dlm tanah. kalo kita tak buat langkah awal menanganinya, maka binasalah tempat itu. hahah

Jom kita tgk gambar apa yang aku kata kan black shale dan juga kesan kepada persekitaran dikawasan tersebut.

P1017190 copy

Gambar pertama: tepi jalan baru dari utp ke batu gajah selepas seputeh

P1017185 copy

Gambar kedua: Rumput dah mati dah kat situ

P1017184 copy

Gambar ketiga: kalo dibiarkan tebing itu akan runtuh kerana hakisan dan juga batu dah terlerai

P1017187 copy

Gambar keempat: EMAS!!! EMAS!!. Motip emas tuh lah ferum(III) kesan selepas teroksida

P1017189 copy

Gambar kelima: Tengak air berwarna kuning mengalir, Berapa banyak lah hidupan akuatik akan mati dalam sesaat kalo masalah ini tidak diselesaikan

Dari gambar diatas apa yang anda dapat lihat? Teruk kan kesan kepada alam sekitar disebabkan black shale ini. Rumput dah mati akibat persekitaran yang beracid telah terhasil dan Ferum(II)I yang warna kuning dah bermaharajalela mengalir mungkin ke arah sungai dan tasik berdekatan, saya tak sempat nak periksa lagi kemana arah air ini mengalir. Untuk pengetahun semua, yang hitam itulah black shale yang terdapat pada gambar pertama, kedua dan ketiga. Gambar ke empat dan kelima, ialah Ferum(III) yang telah teroksida dari batu tuh. Untuk pengetahuan semua, Tugas saya tuk projek ini ialah saya kene mencari penyelesain mcm maner nak baiki kawasan ini dan langkah-langkah yang betul untuk menangani  seterusnya menyelesaikan masalah ini dan mungkin andai kata ciptaan aku ini akan mempunyai nilai untuk dipasarkan, sudah tentu boleh membantu masyarakat sekeliling dan juga dunia tentang pekara ini. Saya akan menggunkan teknologi mesra alam yang hanya menggunakan bahan organik tanpa membinasakan alam sekitar dan yang penting. Murah. huhu.

Kesimpulanya, Mungkin diantara kita pernah melihat kejadian yang sama dan tidak mungkin terlintas pun dalam fikiran kita ianya ialah salah satu pencemaran alam sekitar. So lepas nie kalo korang nak buat jalan ker apa ker, kalo jumpa pekara ini tolonglah ambil tindakan awal untuk mencegah. Jangan biarkan bumi ini ternoda dengan pembangunan sahaja tanpa melihat kesannya pada masa hadapan. Pilih lah pembangunan yang lestari dan mesra alam. Anda buat, anda tanggung… hahaha

Tekanan di bulan ramadhan…

Posted by aminur87 on September 12, 2009
Posted in: Uncategorized. 2 comments

bila saya tertekan saya akan makan banyak2 dan juga tido..

makan sangat banyak dan tido sangat lama…

hahaha

anda pula bagaimana???

Cerita Bulan Ramadhan.

Posted by aminur87 on September 6, 2009
Posted in: Uncategorized. Tinggalkan Komen

ramadan

Salam ramadhan semua. Sudah bersawang blog aku nie. Lama sudah tidak mengeluarkan post2 yang menarik kat blog ni. Bukan tak nak, tapi masa tidak mengizinkan. Menjadi pelajar tahun akhir ni, memang banyak kerja perlu dilakukan terutama yang mengambil bidang yang keritikal. Bukan bermaksud bidang lain tak sudah ok. Semua sama sahaja, Cuma usha perlu ditambah sedikit untuk bidang kritikal ini.

Berbalik kepada cerita, bulan puasa kali ni ialah puasa terakhir sebelom  meniggalkan university nie. So aku banyak menghabiskan berbuka puasa dengan rakan-rakan, walaupun kekadang ada jerk berbuka dengan rumate sahaja kerana rakan-rakan lain ada hal masing2. Nak tak nak kene lah juga berbuka. Hahaha

Puasa kali ni jugak aku ada lah mencuba pergi makan kat restoren dan juga hotel yang menyediakan buffet ramadhan nie dan juga promosi. Aku paling best bila berbuka kat swiss garden damai laut resort. Walaupun jauh dari UTP, lebih kurang 1 jam lebih tapi tempat, layanan dan makanan berbuka disini sangat best. Aku memang recommend korang semua makan kat sini. Berbaloi2.

Selain tuh ada lah juga, restoren pakiza, old town, hotel syuen dan sebagainya. Semua nya ok. Korang tryla ikot selera korang mesti berbaloi. Kepada yang suka makan banyak mcm aku nie. Memang best la untuk join makan stail buffet. Sangat berbaloi. Matilah tak kurus lah aku ramadhan nie.

Ok kepada semua kawan2 dan juga pembaca, aku ucapkan selamat menempuh baki bulan ramadhan nie dengan cemerlang. Tak mo ponteng2 puasa ok. Semoga anda juga berada dalam keaddan sihat sentiasa dan selamat maju jaya kepada semuanya.

Ramadhan permulaan untuk berubah…

Posted by aminur87 on Ogos 22, 2009
Posted in: Uncategorized. Tinggalkan Komen

Selamat


menyambut Ramadhan


Al-Mubarakh.

p/s: jgn ponteng puasa tau

Sang Tidak Serupa…

Posted by aminur87 on Ogos 19, 2009
Posted in: Uncategorized. Tinggalkan Komen

Dunia ini sungguh zalim

Menghempas pukulan pada mereka yang tidak serupa

Menerkam dan membaham

Tanpa rasa malu dan simpati

Mencaci membenci adalah makanan harian

Masih kelam nasib mu wahai sang tidak serupa

Merintih dalam hati membawa ke mati

Tiada yang mendengar hanya memekakkan telinga

Waktu itu sang tidak serupa berpaling tadah

Mencari pelindungan pada sang dajjal

Mendapat azimat gembira kepalangnya

Masih kekal sang tidak serupa nasibnya dihadapan tuhanya.

Meringguk ke lembah penghinaan sang pencipta

Hilang sudah segala nikmat pertolongan

Menangis tidak berlagu menjadi nyanyian harian

Kembali ke asal sudah tidak berguna

Wahai sang tidak serupa

Mengapa dikau menyesal tika hijap telah ditutup

kekadang…

Posted by aminur87 on Ogos 19, 2009
Posted in: Uncategorized. Tinggalkan Komen

Kekadang kita rasa hidup kita singkat

Melakukan pekara seronok sehingga terlupa waktu

Kekadang kita rasa hidup kita singkat

Pabila mengabdikan diri pada kemaksiatan duniawi

Kekadang kita rasa hidup kita singkat

Menghabiskan masa pada pekara yang salah

Kekadang kita rasa hidup kita singkat

Bila mati menjemput dikala kita tak bersedia

Posts navigation

← Older Entries
  • Aminur Rashid

    Create Your Badge
  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Join 3 other followers

  • Statistik Pelawat

    • 35,983 pernah melawat
  • Ada pembaca ker?

    who's online
  • Sekapur Sireh, Seulas Pinang.

    Terima kasih kepada pengunjung yang sudi melawat ke laman blog saya ini. Sila tinggalkan komen jika ada yang rasa nak beri komen ataupun kritikan. Semoga hari ini, segala urusan anda akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Amin.
  • Langkah Sepi….

    langkah pertama bermula dengan seribu harapan dan impian. Langkah ini juga akan membawa kehidupan kita lebih sepi tanpa arah tuju.........
  • Arkib

    • Disember 2011
    • April 2010
    • Februari 2010
    • November 2009
    • Oktober 2009
    • September 2009
    • Ogos 2009
    • Jun 2009
    • Mei 2009
    • April 2009
    • Mac 2009
    • Februari 2009
    • Januari 2009
    • Disember 2008
    • November 2008
    • Oktober 2008
    • September 2008
    • Ogos 2008
    • Julai 2008
    • Jun 2008
    • Mei 2008
    • April 2008
    • Mac 2008
    • Februari 2008
    • Januari 2008
Blog di WordPress.com. Theme: Parament by Automattic.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Powered by WordPress.com