D’masiv-merindukanmu

•Ogos 8, 2009 • Tinggalkan Komen

Saat aku tertawa di atas semua
Saat aku menangisi kesedihanku

Aku ingin engkau selalu ada
Aku ingin engkau aku kenang

Selama aku masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan slalu memujamu
Meski ku tak tau lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku ku merindukanmu

Saat aku mencoba merubah sgalanya
Saat aku meratapi kekalahanku

Dengarkan aku ku merindukanmu

p/s: merindu seseorang malam ini… cepatkan lah masa itu berlalu tuhan..

Cuti H1N1

•Ogos 7, 2009 • 2 komen

Seperti semua sedia maklum, utp telah ditutup secara rasmi kerana penularan wabak h1n1 yang tidak terkawal. Maka cuti seminggu telah diberikan kepada pelajar utp. ohhhhhhh… Saya tak suka dengan cuti ini. Cuti ini memang membawa banyak masalah kepada aku. Pertama, selaku pelajar tahun akhir, proposal projek tahun akhir harus disiapkan dengan cepat. pastu cuti lah pulak, maka proposal itu akan tertangguh kerana aku tak leh jumpa supervisor aku. Dahlah projek tahun akhir aku pasal geology. I dun have any idea related to the rock and geology terms… pengsan seketika aku.

Berbekal dengan semangat, SAYA TAK MAHU PULANG KERUMAH, aku telah memilih satu kawasan yang sangat menarik iaitu di selatan tanah air, melaka. Memang aku selalu lepak kat melaka. Bg aku melaka tempat yang menarik untuk dilepak ditambahkan pula kawan2 aku yang sngt best ada disini. huhu

Aku malas nak tulis panjang2, aku nak upload gambar jerk. Moga gambar ini dapat menceritakan seribu satu erti. ok..

Kesimpulan percutian H1N1 aku ialah

perak-putrajaya-melaka-shah alam-kl-shah alam-KLIA-putrajaya-kl-putrajaya-melaka-putrajaya-perak.


Jarak perjalanan: 1436.7 KM. Jauhkan??

Photo010

Photo016

Photo020

Photo022

Photo080

Photo082

Photo084

Photo098

Photo099

Photo104

Photo106

Photo094

Photo109

Suara itu..

•Jun 29, 2009 • 5 komen

Masih dengar suara itu

meminta untuk dikasihi

masih dengar suara itu

meminta untuk dibantu

green_grass2

sayu sungguh suara itu

seolah-olah lemas dilautan kemajuan

sayu sungguh suara itu

tenggelam ke dasar kemodenan dunia

fikir2kan lah…

solution_environment

    1. Kapas Island, Terengganu.

      •Mei 9, 2009 • 5 komen

      Yup semua, dah lama dah aku tak update blog aku nieh. Aku teramat malas ditambah dengan tekanan kerja di tempat kerja yang memaksa aku untuk sentiasa tido lepas kembali dari kerja. Memang waktu kerja tak best langsung. Waktu belajar best, tapi aku  cuma tak nak ada final exam dan juga kuiz. huhuhu. Sampai mati pun tak dpt benda tuh oii.. hahaha

      Back to the story, aku dan kawan2 aku berkesempatan untuk join program mencandat sotong yang dianjurkan oleh seorang sfaff dari company ethlyene dan polyethene kertih. Memang ramai lah yang join benda nieh. Pakej yang murah 2 hari 1 malam tidak termasuk makan dipulau telah membuatkan aku mengambil peluang untuk mengambil pakej ini. Lagipun aku memang teringin untuk mencandat sotong. Untuk pengetahuan anda semua ,skang nieh tgh musim sotong yang sngt banyak. huhu

      Budak rumah aku semua pergi ke program ini, termasuk la pasukan ingin berhibur dari kerteh dan juga pantai timur. Mereka nie dak batch aku jugak. Perjalanan yang tidak beberapa jauh dari rumah kami ke marang mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit. Jeti pulau kapas adalah tempat untuk kami berkumpul. Terpegun aku melihat kejernih air laut kat jeti walaupun sedikit kotor dengan sampah sarap. diHarapkan agar pihak majlis daerah dapat mengambil tindakansepatutnya, supaya kecantikan alam semulajadi kat jeti pualau kapas ini terpelihara ok. huhu

      Kami menaiki bot nelayan yang diubah suai menjadi bot penumpang ke pulau kapas, menjadikan masa yang diambil ke sana lama nak mampus. Rasa bosan sebab slow sngt. Sungguh pun lama, aku dapat menikmati keindahan laut menuju ke pulau kapas. SUngguh Cantik. Subbahanaullah.  Kami bermalam di Mak CIk Gemok Resort, Pulau Kapas. Chalet yang hanya untuk termpat kami bermalam sahaja kerana program kami dipenuhi dengan aktiviti yang tidak membenarkan  kami untuk selalu tido di chalet kami. hahaha. Sungguh murah. RM40 ringgit semalam untuk bilik 3 orang. Murahkan…

      Kat pulau kami mengambil peluang untuk beriadah untuk melepaskan tekanan kerja konon nye la.. huhu. Banyak aktiviti kami lakukan seperti bermain bola tampar pantai, bermandi manda , menjelajah pulau dan juga ada yang bersnokling dan juga berkayak.

      Pada belah malam adalah aktiviti yang ditunggu2, iaitu mencandat sotong. Sebanyak 4 bot yang disewa khas untuk membawa semua perserta yang telibat. Bot kami bot yang paling besar. Yelah kami ada 15 orang kesemuanya, so kami dapat bot yang paling besar. Pengalaman yang tak dapat dilupakan, apabila bot besar kami tak dpat pergi sampai ke tepi pantai kerana air yang cetek. So ada sampan kecil yang akn mengambil kami dari tepi pantai ke bot besar ditengah laut. TIba2 semasa kami ingin menaiki sampan kecil, hujan turun dengan lebatnya. Aingin bertiup kencang dan air menjadi bergelora. Basah lenjun semua dan yang paling menakutkan bot kami terhuyung hayang dihempas ombak ditengah laut. Sangat menakutkan. huhu.

      Lepas je hujan berhenti, kami meneruskan aktiviti yang dirancang dengan jayanya. Untuk pengetahuan semua mencandat sotong tidak menggunakan umpan hidup seperti ikan or sebagainya. Umpan yang digunakan adalah umpan palsu yang bercahaya apabila terkena sinaran lampu dari bot kami. So sotong akan tertarik dengan pantulan cahya dari bot kami ke umpan berkenaan dan seterusnya akan menyebabkan sotong menyambar umpan tersebut. Menarik kan… huhu. Tapi keseluruhan memang best. Walaupun aku tak bekesempatan untuk mendapat sotong. Memember aku yang lain ada la dpt. Sotong yang dpt trus dibuat gulai di atas bot itu. Sungguh sedap apabila memakan sotong yang fresh dari tengah laut.

      Special thanks to semua kawan2, housemate rumah aku terutama, pulah, aiman, jerok dan alip. Kami memang seronok…

      P4230532

      SANY0050

      SANY0009

      Picture 571

      Picture 566

      Picture 561

      Picture 516

      Picture 434 - Copy

      Erti sebuah persahabatan..

      •April 14, 2009 • 3 komen

      Hari nie tetiba lak aku ada mood nak update blog. Ya skang ini saya amat merindui rakan2 UTP saya. Saya rindu pada hilal, ismal, kucai dan juga pat. Ya memang kami rapat. Tapi skang kami tak pernah berjumpa cuma kucai dan ismal sahaja, tu pun aku dtg ke utp tempoh hari.

      Biler lah kita nak keluar sama lagi kan. Masa untuk keluar bersama semakin pendek. Ismal intern sem depan, kucai akan menamatkan pembelajaran di utp dan juga cuma pat, hilal dan pat sahaja yang akan menghabiskan masa sesama. huhu

      weh semua, biler kita nak lepak sama…

      P/s: jiwa terseksa skang nieh…

      saya tidak akan berpura-pura lagi…

      •April 1, 2009 • Tinggalkan Komen

      kepada semua,saya tidak akan menjadi berpura-pura lagi dihadapan kamu semua.

      sekali aku dah membenci kamu, selamanya aku akan benci.

      terutama kepada orang yang telah lupa daratan yang tidak pandai berterima kasih dan mengingati budi pekerti manusia.

      so korang pergila mampus dengan dunia korang,tak yah kawan ngan aku.

      korang tak berguna pun, tak membantu pun dalam kehidupan aku.

      aku akan menghargai orang lain, kalo orang itu pandai menghargai aku.

      Aku tak  kisah pun,kalo korang kaya,hensem,cantek,pandai belajar dan apa sekali pun,sebab aku yakin yang semua itu hanyalah pinjaman semata-mata.

      bebila tuhan tarik balik

      sila sedarkan diri anda ok. tak kire la beragama islam atau tidak

      pepandai la pikir sendiri

      TQ

      selamat hari lahir..

      •Mac 29, 2009 • Tinggalkan Komen

      سلامت هاري لاهير


      اسمال


      pb160077

      سموڬ ڤنجڠ عمور دان دمورهكن


      ريزيكي

      .

      jom cuba menulis jawi..

      •Mac 27, 2009 • 1 Komen

      سوده لاما تيدق مڠڬوناكن توليسن جاوي سباڬاي ميديوم اونتوق كومونيكاسي. يا ساي اكوي يڠ توليسن جاوي سماكين دڤيڠڬيركن. نامون كيت سباڬاي واريثن يڠڤرنه بلاجر جاوي هاروسله ممليهارا توليسن اين اڬر تيدق دتلن اوليه اروس كمودنن دنيا سكاراڠ اين.

      Selamat hari lahir..

      •Mac 19, 2009 • 2 komen

      Hepi Birthday


      TO


      24042008550

      Mkhazaidi@EDDY


      Moga dimurahkan rezeki


      dan panjang umur k..


      Hadiah claim kemudian..

      P/s: sori lambat wish.. bz dan tak da masa nak update serta pm u k…

      Aku seorang pekerja yang pemalas..

      •Mac 2, 2009 • 1 Komen

      Hai semua, sudah lama sya tidak mengupdate blog nie. Rasa malas dan juga kekangan tido yang berlebihan menyebabkan aku malas nak update blog. lagi pun tak da org pun suka baca blog aku nieh kan. Hahaha.. peduli apa aku suker ker tak suka, yang penting aku suka tulis kat blog aku nieh. Hahaha.

      Skang nieh dah masuk minggu ke 14 aku menjalani internship. Kehidupan banyak tak berubah. Cuma aku menghargai setiap detik di kerteh ini dengan sebaik2nya. Saya suka hosmate saya kat kerteh nieh. Mereka sporting tambahan lagi mereka nie adalah perserta bagi plan yang tak dirancang. I like it.. huhuhu

      Kali nie aku nak cerita trip aku gi genting. Nie memang plan emergency, balik dari mandi laut kat dungun, dalam kereta trus tetiba nak gi genting. Apa lagi trus la kitorang gi. Huhuhu. Berada di genting dua hari, memang best. Aku dah biasa gi genting.Tapi yang best sebab spend masa bersama kawan2 tuh yang paling best. Huhuhu

      Enjoy ok pic nie,

      sany0472

      sany0479

      sany0495

      sany0503

      sany0498

      Perjalanan balik dari genting hari sabtu, ditambahkan lagi aktiviti denggan aktiviti kemasyarakatan kitorang nieh. Kitorang sempat singgah di kuala gandah yang terletak di lancang temerloh pahang. Korang tau tak kuala gandah nie tempat apa?

      Kuala gandah nie ialah tempat melindungi dan juga membiakkan gajah kat semenanjung Malaysia nieh. Menarik bukan. Yang peliknya, mat saleh ramai giler kat tempat nieh. Kenaper lah orng kita tak ramai mcm mereka. Huhu

      Pengalaman bagi gajah makan kat mulut dia memang best, aku ulang skali lagi, AKU SUAP GAJAH MAKAN KAT MULUT DIA. Huhu. Lepas je suap makan kat mulut dia, abis semua tangan aku penuh dengan air liurnya.. tapi pengalaman paling berharga…

      So korang enjoy la, tgk pic nieh… banyak lagi lawatan aku tak update kat sini. huhuhu

      sany0504

      sany0505

      sany0515

      sany0522

      sany0521

      sany0530

      sany0525

      sany0534

      sany0531

      sany0533

      sany0532

      sany0535

      SEMSAS Homecoming…

      •Februari 1, 2009 • 3 komen

      lencana-semsas1

      SEMSAS, HIDUP BERJASA. Itulah kata keramat yang selalu dilaungkan oleh pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Aku berkesempatan untuk melawat sekolang yang paling aku sayangi. Selama lima tahun aku menuntut ilmu kat sekolah ni. Banyak suka duka pernah berlaku disini. Semua masih segar dalam ingatan dan benak fikiran aku.

      Aku dulu adalah pelajar yang jahat, memang sejahat umat. Nak buat mana aku tak leh menjadi perfect, tapi aku cuba memperbaiki sifat dan kesalahnyang pernah berlaku dalam hidup aku. Malah aku bersyukur, tuhan menguji aku awal dan menyedarkan aku. Memang aku sangat bersyukur.

      Hari jumaat lepas aku berjaya menjejakan kaki disekolah ku untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman debat yang ada sejemput ini untuk adik2 pendebat sekolah. Menjejakan kaki dipintu pagar, terbuka satu demi satu kenangan sewaktu belajar disana. Ahhh sangat indah waktu itu, rasa airmata nak berderai je. Sungguh indah memori dan kenangan itu di fikiran aku nieh.

      Berjumpa dengan guru2 membuatkan aku rasa seperti baru semalam aku meninggalkan sekolah. Rasa belajar didalam kelas pergi ke perpustakaan sekolah. Best nya waktu tu. Rasa teringin nak kembali kesekolah. Dengar cakap cikgu, ingin menjadi seorang yang berdisplin dan yang penting ingin menjadi anak murid kebanggaan semua guru dan mengharumkan nama sekolah.

      Tapi sayang semua dah berlalu, tapi aku boleh memberi sesuatu kepada sekolah. Walau sejauh mana dan sebesar mana saya nanti, namamu SEMSAS tetap berada dalam hatiku. Laungan HIDUP BERJASA akan tersemat didalam kalbu ku. Terima kasih SEMSAS segala jasa mu akan kukenang….

      AJL 23

      •Januari 21, 2009 • Tinggalkan Komen

      yes, kali nie aku berkesempatan untuk menonton ajl 23 secara live di tv3. CUma perbezaannya, pada disiang hari aku bekerja. Biasa la, terengganu hari ahad berkerja. But itu tidak mematahkan semangat untuk meyokong penyanyi kegemaran aku malam tuh. Walaupun hanya menyokong dirumah, kalo ko terjerit2 pun, penyanyi yang ko sokong tuh tak kan dengar pun, silap hari bulan ko yang kene baling pampers yang bernajis kanak2 lak sebab kat rumah sebelah aku nie ada anak kecik. HAHAHA

      Berbalik kepada ajl 23, apa yang paling menarik sekali, pertama, stage ataupun pentas dalam bahasa melayu, if korang tak tau la stage tuh apa kan huhu, memang besar meriah dan juga presentation mengikut mood lagu. Memang tabik la gempak siot.  Rasa menyesal intern di kertih nie.Tiba jah… hahaha

      Kedua, stacy dengan lagi aku stacy telah berjaya membawa aku untuk meminati lagu dia. Sebelom nie memang aku tak suka langsung lagu tuh rasa mcm hampeh jerk but dengan gerak tarian dan juga perubahan pada cara penyampaian lagu itu, telah menyebabkan aku berminat pada lagu AKU STACY.. Gut job.

      p/s aku suker gaya stacy menari. lincah dan energytic.

      Kedua, persembahan faizal tahir yang mengangumkan. Aku serius tak suka sangat faizal tahir nie, tapi lagunya aku suka la. Faizal tahir nie, panas baran sket. Aku stat tak suka dia masa rancangan wakenabeb, bapak segala carutan keluar disitu. Rasa kecewa dengan identitinya. huhu. But karetor orang tak leh dicampurkan dengan lagu dia. Lagu, lagu la, panas baran pekara lain kan.. huhuh. Persembahan yang menarik ala ala video klip merupakan idea baru. Memang aku sukakan kelainan yang ditampilkan oleh faizal nie, cuma part koir beramai2 tuh, seperti persembahan yang selalu dibawa oleh hazami ketika juara lagu. So idea tuh dah tak fresh. But overall was good.

      Ketiga, aku tak sangka pemenang etnik kreatif akan dimenangi oleh si pompuan tuh, aku tak ingat nama la pulak. So kalo aku tak ingat nama perempuan tuh, maknanya aku terkejut la kan dia boleh menang, walaupun aku tau juara lagu nieh bukan penyanyi punya pertandingan, but penulis lirik dan juga penciptanya namun, mungkin ada alasan juri kenapa pilih perempuan tuh menang, oh ya nama perempuan tuh fararahwahida. betol ker? aku hentam je.

      Keempat, keoveran mekap si aiman tuh. GIler la aku tgk shading kat hidung dia tuh mengalahkan semua peserta pompuan. Walaupun mekap ditaja oleh stage-cosmetics tapi jgan la over shadow lak pulak. Nampak mcam sesuatu lak. HAHAHA. Mungkin mekap dia tuh nak dikenakan dengan gaya firaun dia tuh maybe kot…., tapi tetap penyampaian dari aiman kurang jelas. Perkataan disebut tidak dapat didengari dengan jelas. So aiman sila berlatih  dan memperbaiki kelemhan itu k. huhu

      Kelima, Indie band menang lagi. MEET UNCLE HUSSAIN memang gempak. Aku serius terkejut dengan kemenangan ni. Aku target faizal tahir akan menang tapi tak jgak. Aku stat kenal dan meminati MUH nie waktu cerita kami kat 8tv. Memang gempak, apa yang aku pasti, kemenangan indie band nie telah menunjukan indie band nie semakin diterima ramai dan bertapak kukuh di malaysia nie.

      Kesimpulanya, AJL 23 memang gempak, persembahan yang teratur, persembahan yang mantap dari artis dan juga lagu2 yang bertanding, syabas diucapkan ke pada krew ajl 23 tapi sedikit perubahan perlu la di atasi, seperti gangguan audio ketika artis buat persembahan, sebab nie dah kali ke 23 maka segala kesalahan itu sepatutnya sudah boleh diatasi. Pastuh pengacara perlu la cover sikit mulut, ketika mengacarakan majlis tuh. jangan lah kritik sifat fizikal artis itu. Mereka memang fikir kelakar, tapi for me itu lebih dilihat sebagai kurang ajar k. So better watch out k!!

      hi_011

      Aku nak sambuang report nie dan makan.. nway… CONGRATE MUH!!!

      post gambar-gambar terbaru waktu intern.

      •Januari 10, 2009 • 5 komen

      sany0122

      sany0123

      sany0182

      sany0191

      sany0194

      sany0189

      Tuh je la buat masa kini. takot kene saman dengan syarikat lak.HUHU

      kalo surface ok la… huhuhu..

      Aku dah nak kahwin.. jemputlah datang ke kenduri aku k..

      •Januari 6, 2009 • 1 Komen

      Salam semua. Tajuk di atas tiada kene mengena dengan apa yang aku nak tulis. Aku just nak bg gempak sket jerk. Mungkin dah lama aku tak update benda kat blog nie. Bukanya apa, persoalanya di sini, kehidupan aku adalah kerja tido kerja dan tido. Kire macam biasa la, tak da apa yang berlaku sepanjang kehidupan intern ini.

      Nak kata gi hangout tempat yang best, memang tak dapat la. Since condition kat kerteh nie, tak mengizikan untuk berbuat demikian. Tapi yang paling aku suka duduk kat sini, ialah pantai dan keindahan pemandangannya. Kire kat sini banyak perkampungan nelayan. So bila aku lepak kat jeti, rasa sangat seronok dan juga mengajar erti kehidupan.

      Banyak benda yang aku belajar semasa intern nie. Terutama rasa susah mencari duit. Aku sedar untuk mendapatkan sesuap nasi dan menyambung kehidupan adalah amat susah. Kerja bukan mudah. Nak dapatkan duit tuh memang sangat susah. Nak menghabiskan sangat mudah. Aku pekara ini mengajar aku tentang kehidupan dan aku dpat membayangkan macam mana ayah dan mak aku mencari duit untuk membesarkan anak-anak. Mulai hari ini aku akan beberlanja dengan cermat dan juga jimat. huhu

      Selain tu juga, aku selalu melihat yang kita sebagai student tak pernah mengambil tahu tentang kekuatan dan juga kelemahan. Kita ambil endah tak endah je. Tapi bila kita bekerja, if la kita nie seorang yang lembap dan juga tak sehebat dengan orang lain, kita kene menggunakan kekuatan yang ada untuk membaiki kelemahan diri. Bila pekara itu kita guna dengan bijak InsyaAllah kita mampu untuk merubah cara kita bekerja dan juga menjadi pekerja yang produktif. Hanya satu pesanan aku kat korang, mulai sekarang, cuba korang identify apa kelemahan dan juga kekuatan dalam diri kita, so kita kene guna kekuatan itu untuk memajukan diri kita k.

      Mcam sesi motivasi pulak. Tapi yang paling penting dalm hidup, lesson learn. Semua manusia lakukan kesilapan, tapi kita belajar dalam kehidupan ok. selamat beramal. huhu

      Nanti aku update lagi~~

      Jom aku citer tentang tempat intern aku…

      •Disember 30, 2008 • 1 Komen

      Salam semua..

      Dah lama tidak aku menguodate blog ini. Bz memang bz, tapi sebanarnya letih dan mengantuk apabila sudah sampai ke rumah. Maklumlah kerja dari kol 8.00 pagi sampai pukul 5.00 petang dan pula aku didalam department technical services kire aku nie wannabe process engineer la..

      nama company aku intern

      PETRONAS Gas Berhad.

      untitled

      Alamat

      KM105 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu

      23400 Kertih

      Terengganu

      background-gppa1

      Permandangan dari depan Loji.. nampak kat belakang tuh, loji process gas. besar giler

      Jom aku bercerita tentang loji pemprosesan gas kat kerteh nie. Kalo korang nak tau. Loji gas petronas nie menghasilkan 4 jenis gas iaitu metana, etana, propana dan juga butana. Tapi kat sini kami klasifikasikan empat jenis gas ini kepada metana dinamakan sell gas. Ala gas yang digunakan memasak kat rumah tuh dan etana sebagai C2, propana sebagai C3 dan juga butana C4.

      Nak buat gas nie, process dia complicated nak terangkan memang susah dan juga peralatan dalam loji gas ini memang banyak dan pening kepala nak ingat. Huhu.. tapi best dan enjoy sebab banyak experience yang boleh didapati sempena aku intern kat PGB.

      Seperti entry yang lepas,  akudah bgtau yang aku berada dalam department, ENERGY LOSS AND PROCESS SAFETY. Kire kerja aku mencari energy yang ilang disebabkan kebocoran ataupun rosak la. Kebocoran ini akan meningkan kos production gas la. So company aku rugi la kalo kos prodcution tinggi. Kerja kat Technical Services ni, memang duduk opis dan juga kat dalamloji. Kerja aku masuk dan keluar loji. Dah lah loji PETRONAS Gas ni besar nak mampos.. Siap kene naik kereta lagi. Kalo korang rasa nak pengsan dan juga kurus, sila lah berjalan kaki tak pun naik la basikal. Huhu

      Pergi kerja kat sini, kene pakai baju kuning yang melitupi seluruh badan, macam duta DIGI lak. Panas giler dan berat. Tapi tetap kene pakai, for safety purpose. Hahhaha

      So kalo korang nak email aku. Sila lah guna email ini yerk: aminur.rashid@petronas.com.my. Nie tuk urusan bisness jerk. Kalo yang lain, jgn nak mengada-ngada lak. Kalo nak beli tong gas contact aku k. HAHHAHAHHA.

      Nanti aku update lak pasal kat loji nieh k.. banyak benda nak citer… orait…