Pulau Langkawi, Lagenda Mahsuri….

Hujung minggu lepas adalah hujung minggu yang paling best. Mana taknya aku berjaya menjejakkan kaki ke Langkawi kali kedua setelah 10 tahun yang  lepas. Sungguh lama kan. Tapi kenangan 10 tahun dulu masih lagi aku ingat, sebabnya itu adalah hadiah dari mak aku sempena pencapain cemerlang UPSR. Rasa nak nangis jerk bile teringat benda nieh. Rindu kat mak aku skang nieh. I am really homesick right now. Rindu my mum so much…..

Ok berbalik kepada cerita, sebenarnya perancangan kami ke Langkawi adalah secara spontan. Aku memang suker rancang sesuatu pekara dengan spontan kerana selalu apa yang aku rancang jadi. Tapi bila aku rancang berbulan-bulan, mesti tak jadi. Selalu frust.. hahaha. Bersama aku kali ini, adalah rumate aku, pullah dan ismal, my best frend. Perancangan tak sampai 20 minit dan kata sepakat dicapai yang destinasi pilihan adalah Langkawi. Huhu

Kami bergerak dari UTP lebih kurang pukul 3.15 minit pagi menaiki kereta antik aku. Tetap teguh dijalan raya keretaku walaupun sudah berusia hampir dengan tuanya. HUHU. Kami sampai di jeti kuala perlis tepat pukul 7.10 minit pagi. Sampai je, kami terus beli tiket feri pukul 8.00 pagi. Sementara tunggu untuk menaiki feri, kami sempat membersihkan diri di toilet feri kuala perlis dan pergi bersarapan di kedai hadapan feri. Rasa tak sabar nak naik feri memang tak dapt dibendung lagi. Ye la dah lama kot tak gi langkawi. Rasa nak sampai cepat-cepat je.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam dan 15 minit untuk sampai ke Jeti langkawi bergantung pada keadaan laut dan juga cuaca. Memula sampai ke jeti, secara jujur aku katakana kami tiada plan langsung. Nak gi mana dan menaiki apa. So kami decide untuk meyewa kereta kerana sangat jimat berbanding menggunakan teksi.

Antara tempat yang kami lawati ialah makan mahsuri, geopark langkawi dan juga bershopping di pekan kuah membeli coklat dan juga bahan beracun. Huhuhu. Perjalanan sangat menyeronok kan. Siyes terutama dapat meluangkan masa ketika tengah stress. Kami pulang menaiki feri pukul 5.30 petang dan delay lama nak mampos. Samapi ke jeti kuala perlis pukul 7.20 malam dan kami terus bertolak pulang. Alhamdullilah kami selamat tiba ke UTP pukul 12.20 minit malam. Kami hanya berhenti di RnR Gurun untuk mandi dan membersihkan diri serta makan.

Akhir bicara, aku nak ucapkan terima kasih kepada ismal dan pulah kerana merialisasikan idea gila aku pada hari itu. Kepada abg dan akak kastam terima kasih kerana tidak membuat hal. Kalo tidak abis kopak duit nak bayar duit cukai dan terakhir to my beloved car. Tanpa anda mungkin rancangan ini tinggal kenangan. huhu

Ismal1235 copy

Ismal1237 copy

Ismal1238 copy

Ismal1242 copy

Ismal1249 copy

Ismal1253 copy

Ismal1254 copy

Ismal1255 copy

Ismal1257 copy

Ismal1259 copy

Ismal1260 copy

Ismal1262 copy

Ismal1264 copy

Ismal1280 copy

Ismal1282 copy

Ismal1283 copy

Ismal1300 copy

Ismal1302 copy

Ismal1311 copy

Ismal1312 copy

Ismal1317 copy

Ismal1318 copy

Ismal1319 copy

Ismal1320 copy

Ismal1322 copy

Ismal1328 copy

Ismal1329 copy

Ismal1334 copy

Ismal1339 copy

Ismal1344 copy

Ismal1351 copy

Ismal1354 copy

Ismal1358 copy

~ oleh aminur87 di November 5, 2009.

Satu Respons to “Pulau Langkawi, Lagenda Mahsuri….”

  1. ehehe
    suka2
    the best (and mendadak)trip eva!

Tinggalkan jawapan