SEMSAS Homecoming…

SEMSAS, HIDUP BERJASA. Itulah kata keramat yang selalu dilaungkan oleh pelajar Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan. Aku berkesempatan untuk melawat sekolang yang paling aku sayangi. Selama lima tahun aku menuntut ilmu kat sekolah ni. Banyak suka duka pernah berlaku disini. Semua masih segar dalam ingatan dan benak fikiran aku.
Aku dulu adalah pelajar yang jahat, memang sejahat umat. Nak buat mana aku tak leh menjadi perfect, tapi aku cuba memperbaiki sifat dan kesalahnyang pernah berlaku dalam hidup aku. Malah aku bersyukur, tuhan menguji aku awal dan menyedarkan aku. Memang aku sangat bersyukur.
Hari jumaat lepas aku berjaya menjejakan kaki disekolah ku untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman debat yang ada sejemput ini untuk adik2 pendebat sekolah. Menjejakan kaki dipintu pagar, terbuka satu demi satu kenangan sewaktu belajar disana. Ahhh sangat indah waktu itu, rasa airmata nak berderai je. Sungguh indah memori dan kenangan itu di fikiran aku nieh.
Berjumpa dengan guru2 membuatkan aku rasa seperti baru semalam aku meninggalkan sekolah. Rasa belajar didalam kelas pergi ke perpustakaan sekolah. Best nya waktu tu. Rasa teringin nak kembali kesekolah. Dengar cakap cikgu, ingin menjadi seorang yang berdisplin dan yang penting ingin menjadi anak murid kebanggaan semua guru dan mengharumkan nama sekolah.
Tapi sayang semua dah berlalu, tapi aku boleh memberi sesuatu kepada sekolah. Walau sejauh mana dan sebesar mana saya nanti, namamu SEMSAS tetap berada dalam hatiku. Laungan HIDUP BERJASA akan tersemat didalam kalbu ku. Terima kasih SEMSAS segala jasa mu akan kukenang….





update link i okayhhh..
Sedihnyer aku tak dapat nak pegi jugakkkk….. nak ikotttt nak ikottt….. huhu
aminur gemuk