AJL 23

yes, kali nie aku berkesempatan untuk menonton ajl 23 secara live di tv3. CUma perbezaannya, pada disiang hari aku bekerja. Biasa la, terengganu hari ahad berkerja. But itu tidak mematahkan semangat untuk meyokong penyanyi kegemaran aku malam tuh. Walaupun hanya menyokong dirumah, kalo ko terjerit2 pun, penyanyi yang ko sokong tuh tak kan dengar pun, silap hari bulan ko yang kene baling pampers yang bernajis kanak2 lak sebab kat rumah sebelah aku nie ada anak kecik. HAHAHA

Berbalik kepada ajl 23, apa yang paling menarik sekali, pertama, stage ataupun pentas dalam bahasa melayu, if korang tak tau la stage tuh apa kan huhu, memang besar meriah dan juga presentation mengikut mood lagu. Memang tabik la gempak siot.  Rasa menyesal intern di kertih nie.Tiba jah… hahaha

Kedua, stacy dengan lagi aku stacy telah berjaya membawa aku untuk meminati lagu dia. Sebelom nie memang aku tak suka langsung lagu tuh rasa mcm hampeh jerk but dengan gerak tarian dan juga perubahan pada cara penyampaian lagu itu, telah menyebabkan aku berminat pada lagu AKU STACY.. Gut job.

p/s aku suker gaya stacy menari. lincah dan energytic.

Kedua, persembahan faizal tahir yang mengangumkan. Aku serius tak suka sangat faizal tahir nie, tapi lagunya aku suka la. Faizal tahir nie, panas baran sket. Aku stat tak suka dia masa rancangan wakenabeb, bapak segala carutan keluar disitu. Rasa kecewa dengan identitinya. huhu. But karetor orang tak leh dicampurkan dengan lagu dia. Lagu, lagu la, panas baran pekara lain kan.. huhuh. Persembahan yang menarik ala ala video klip merupakan idea baru. Memang aku sukakan kelainan yang ditampilkan oleh faizal nie, cuma part koir beramai2 tuh, seperti persembahan yang selalu dibawa oleh hazami ketika juara lagu. So idea tuh dah tak fresh. But overall was good.

Ketiga, aku tak sangka pemenang etnik kreatif akan dimenangi oleh si pompuan tuh, aku tak ingat nama la pulak. So kalo aku tak ingat nama perempuan tuh, maknanya aku terkejut la kan dia boleh menang, walaupun aku tau juara lagu nieh bukan penyanyi punya pertandingan, but penulis lirik dan juga penciptanya namun, mungkin ada alasan juri kenapa pilih perempuan tuh menang, oh ya nama perempuan tuh fararahwahida. betol ker? aku hentam je.

Keempat, keoveran mekap si aiman tuh. GIler la aku tgk shading kat hidung dia tuh mengalahkan semua peserta pompuan. Walaupun mekap ditaja oleh stage-cosmetics tapi jgan la over shadow lak pulak. Nampak mcam sesuatu lak. HAHAHA. Mungkin mekap dia tuh nak dikenakan dengan gaya firaun dia tuh maybe kot…., tapi tetap penyampaian dari aiman kurang jelas. Perkataan disebut tidak dapat didengari dengan jelas. So aiman sila berlatih  dan memperbaiki kelemhan itu k. huhu

Kelima, Indie band menang lagi. MEET UNCLE HUSSAIN memang gempak. Aku serius terkejut dengan kemenangan ni. Aku target faizal tahir akan menang tapi tak jgak. Aku stat kenal dan meminati MUH nie waktu cerita kami kat 8tv. Memang gempak, apa yang aku pasti, kemenangan indie band nie telah menunjukan indie band nie semakin diterima ramai dan bertapak kukuh di malaysia nie.

Kesimpulanya, AJL 23 memang gempak, persembahan yang teratur, persembahan yang mantap dari artis dan juga lagu2 yang bertanding, syabas diucapkan ke pada krew ajl 23 tapi sedikit perubahan perlu la di atasi, seperti gangguan audio ketika artis buat persembahan, sebab nie dah kali ke 23 maka segala kesalahan itu sepatutnya sudah boleh diatasi. Pastuh pengacara perlu la cover sikit mulut, ketika mengacarakan majlis tuh. jangan lah kritik sifat fizikal artis itu. Mereka memang fikir kelakar, tapi for me itu lebih dilihat sebagai kurang ajar k. So better watch out k!!

hi_011

Aku nak sambuang report nie dan makan.. nway… CONGRATE MUH!!!

~ oleh aminur87 di Januari 21, 2009.

Tinggalkan jawapan