Internship 1
Dah tiga minggu aku kat kerteh nie. Korang mesti tertunggu update dari aku. Hahaha.. Basically aku nya sv atau pun supervisor sempoi la. Nama dier Airi. Memang best. Kire enjoy la. Aku dapat department technical services. Dalam bahagian energy loss and process safety. Memang banyak giler project, tapi semua best sebab hands on. Kire ko memang dapat pengalam dan buat kerja serta benda yang ko nak belajar depan mata aku.
Sejak tiga minggu banyak tempat dah aku lawati di terengganu. Memang puas berjalan la. Ada je aktiviti yang dilakukan pada hujung minggu. Aku post gambar2 kat bawa nie korang tgk la. Aku sedikit bz. So memang tak dapat nak update selalu blog nie. Ada benda yang menarik aku kan share ngan korang. Banyak laig planning bulan 2 ni aku akan mengadakan program menjelajah semua pulau di terengganu ini. Nantikan ok.
Cerita pertama: RUMAH BANJIR.
Nie memang tak dapat aku gambarkan perasaan banjir. Aku ngan kawan2 aku baru je masuk seminggu kat rumah sewa nie dan juga hujung tahun adalah musim tengkujuh. Kire hujan turun dengan lebat2 nya. Hari tuh hari sabtu. Bangun dah lah lewat giler. Bangun je, bukak pintu jalan depan rumah dan jadi sungai. Scary nak mampos. Takot2 air masuk dalam rumah, Sampai petang air hanya naik depan pintu rumah je. Dalam 6 cm nak masuk rumah. Lepas tuh banjir dan reda kembali. Cuak2. tidak abislah kene pindah barang semua. Hahaha



Cerita kedua: MASJID KRISTAL
Kali nie gi masjid kristal ngan jaz dayat dan juga aiman. Kitorang pergi waktu hari raya haji dan terus beraya di rumah keri. Senior di utp. Memang menarik la. Tapi rasa mcm membazir je kan. Tak pa, semua ada alasan kenapa mereka membangunkan masjid keristal sedangkan ada masjid yang berdekat dengan tempat itu. Huhu



Cerita ketiga: PANTAI KEMASIK.
Pantai nie memang lawa habis lah, dekat je dengan rumah aku. Tak sangka lak pantai ni memang cantik mcm ni. Sebelom nie aku assume semua pantai sama. Tapi batu batuan kat pantai tuh yang menyebabkan pantai itu menjadi lawa. So kalo korang nak dtg ke pantai kemasik, singgah2 la kat rumah aku. Dekat je. Aku belanja keropok lekor. HAHAHAHA








takleh anta pon kat email nko tuh.. compem ke?