Internship dan aku…

Masing-masing ada rezeki.

Salam semua, sudah hampir semester kali ini akan melabuhkan tirainya. Dalam diam tak diam dah hampir 3 tahun lebih aku bergelar mahasiswa. Mungkin banyak pekara telah berlaku dalam hidup dan disimpan kemas untuk dijadikan pengalaman hidup untuk masa depan.

Semester hadapan aku akan bakal menjalani latihan industri ataupun internship kat petronas gas berhad. Mungkin aku rezeki aku hanya disitu, tak dapat perluang membuat praktikal ke luar Negara dan tempat yang menawarkan peluang yang lagi menarik. Aku percaya this is what im deserved. Rezeki bagi seseorang adalah berbeza dan bergantung kepada banyak pekara.

Aku rasa bersyukur walaupun bukan pelajar yang cemerlang, namun aku masih ditawarkan praktikal ditempat yang best, yang menjanjikan pengalaman dan suasana kerja yang sebenar. Aku tak kata kat tempat lain tak akan memberi peluang yang sama, tapi ini adalah apa yang aku minat. Maybe…

Tempat baru

Untuk memulakan hidup ditempat baru dan tak pernah pergi adalah satu pekara yang amat susah. Selamat aku ditemani rumate aku dan kawan-kawan yang baik dengan aku kat sana. Maka tak da lah rasa janggal sangat untuk memulakan kehidupan baru. Ya kehidupan yang tidak membernarkan kita ponteng bekerja, malas untuk bangun pagi dan sudah pasti banyak pekara yang akan dipelajari dan tugasan yang disiapkan.

Bagi aku, aku tiada masalah dalam membina hubungan dengan orang lain. Aku boleh mnyesuaikan diri untuk bertegur dengan orang baru. Cuma aku risau, aku gagal mengenali harti budi mereka, bermaksud aku nie jenis yang suka buat lawak dan juga gurauan yang selalu menjadikan hati orang lain PANAS, maka aku risau aku yang tidak mengenali mereka akan melibihi limit yang ada dalam had mereka. Tapi aku yaki aku akan membina satu persekitaran kerja yang enjoy dan selesa.

Kawalan perbelanjaan.

Berkaitan perbelanjaan disana nanti, sudah pasti ianya mencabar diri aku sendiri. Dimana rumah sewa + bil air + bil elektrik harus dibayar sendiri, selama nie kat universiti, tak pernha bayar pun, penaja aku yang bayar. So tak da lah ralat sngat nak bahagikan duit ntuk bayaran segalanya. Tapi kini aku kene membayar sendiri, duit elaun dan juga skoler harus dibahagikan awal terlebih dahulu sebelum berjoli katak nanti. Memang susah, memandangkan aku nie jenis yang boros dan obses pada makanan. Huhuhu

Harap aku berjaya la untuk membuat kehidupan aku bersistem matik dan belajar bersyukur dengan apa yang ada.

Harapan.

Harapan aku moga aku mampu untuk menenmpuh semster paktikal ini dengan jayanya. Perlu diingat setiap manusia dikurnikan dengan rezeki yang berbeza. Jaga rasa rendah diri kalo tempat intern tak semenarik tempat intern org lain dan percayalah itu adalah yang terbaik yang telah ALLLAH tetapkan untuk hidup kita. Semua ada hikmahnya. Kepada semua kawan-kawan gut luck menempuh kehidupan yang baru dan semoga korang enjoy kehidupan korang ketika intern nanti ok….aku akan cuba update tentang kehidupan aku di kerteh nanti jika berkesempatan. Kepada yang ingin bercuti di negeri terengganu, jgn segan sila contact aku dan juga kita gi sama-saman. hahahahah

~ oleh aminur87 di November 9, 2008.

3 Respons to “Internship dan aku…”

  1. Gooooo meenooo… chaiyok2….
    ehhh… ujan emas kat negeri orang ujan kat mesia ade rainbow ok… so baik dok negare sendiri…. tak intern jauh2 laa… mane2 pun same jee… goo meeno… good luck intern nanti… belanje me iphone dapat gaji ok.. hahahha

  2. salam ziarah..
    xpe..yg penting pengalaman berharga selama 8 bulan..dak u lain xdpt cam kite kn? :)

    p/s:selamat meneruskn intern! giliran ku pula nnt..adeh

  3. Selamat menjalani latihan praktikal~!

    Jangan pulang ke UTP dengan perubahan saiz pinggang sahaja, kumpulkan ilmu berguna untuk masa hadapan kelak~!

    Saya yakin kamu mampu menjadi pelajar latihan praktikal yang berguna untuk syarikat kamu.

Tinggalkan jawapan