Rangkuman Terkini..
dah lama aku tak mengupdate blog aku nieh, disebabkan kesibukan hidup dan juga final exam yang bakal menjelang. Rasa cuak semakin meningkat. Aku harus berusaha hingga ketitisan terakhir.
Sekarang dah pun masuk study week bermakna hanya tinggal seminggu lagi sebelom final exam. Namun sebelum tuh aku seperti biasa akn enjoy dulu sebelom menghempas pulas untuk peperiksaan.
Hujung minggu lepas, hari sabtu, seperti yang dirancang aku, pullah dan juga alip telah berangkat untuk super duper outing ever before pergi ke intern sem depan
Tempat pertama: BUKIT MERAH LAKE TOWN RESORT.
Perjalanan yang bermula pada pukul satu lebih, menaiki sebuah kereta kelisa, thanks ateen atas kereta ituew, kitorang sampi di lake town dalam pukul 2 lebih. Sepanjang perjalanan adalah lancar tiada masalah, Cuma masalah datang ketika kami membeli tiket. Kami di inform yang banyak permainan under maintenance. Ala sedih lak pulak. Tapi tak per lah enjoy jerk permainan yang ada. Kitorang spent sampi pukul 5, baru bertolak ke tempat kedua.
Tempat kedua: KUEH TEOW DOLI TAIPING
Sapa yang tak tau doli kueh teow taiping. Tempat yang famous untuk dikunjungi kat taiping ini. Cuma harga kueh teow special telah pun meningkat. RM 8.00 sepinggan. Mahal la jugak. Tapi asalkan puas hati, aku tak kisah untuk bayar mahal dan mendapat pulangan yang sepatutnya. Kitorang lepak doli hingga pukul 7 sebab hari hujan kat luar. What do you aspect kat taiping nieh. Hujan je la kan.. selepas itu kami pergi bersolat di masjid kolej TNB kat taiping dan seterusnya ke tempat ketiga.
Tempat ketiga: ZOO TAIPING NIGHT SAFARI
Kali pertama menjejakkan kaki di zoo taiping, walaupun pernah pergi ke taiping sebelom ini. Kitorang sampai kat zoo lebih kurang pukul 7.45 malam. Night safari bukak pukul 8.00 malam. Kene lah tunggu kejap. Tapi yang menariknya, memang ramai giler orang sedang menunggu dan juga pelajar sekolah rendah untuk melawat binatang-binatang kat sana. Tiket masuk berharga RM 15.00 dan juga perkhidmatan yang disediakan adalah berbaloi jika ingin melihat gelagat binatang pada waktu malam. Kitorang bertuah kerana pada waktu itu, pembantu zoo sedang memberi makan kepada haiwan-haiwan, memang best terutaman gelagat harimau belang atau pun Malayan tiger. Best2x
Tempat keempat: MEGALANES IPOH
Pertandingan bowling antara tiga penjuru. memang letih bergerak ke sana kemari. Namun aku enjoy sebab best. Tambah tambaha lagi aku menangn degan jatuhan pin untuk dua game berjumlah 246 pin. Juara siot, bengang pulah asyik kalah. Try next time, u can do it. Huhuhu. Kitorang abis main bowling pukul 12.50 pagi.
Tempat keempat: MCD MEDAN GOPENG.
Enjoy makan sambil menonton perlawan bola menchaster united yang menjadi pasukan favorites alip. Selamat menang 4-3 kalo tak memang malu la. Huhu. Enjoy giler time tgk aksi org tengok bola. Huhu. Selepas itu kitorang pulang ke UTP dan sampai pada pkul 3 pagi. Huhu
Memang letih tapi seronok. Enjoy seblom final exam. Selepas ini dari ipoh aku akn bermastautin di Kerteh Terengganu. Aku dapat tempat paktikal selama 8 bulan di PETRONAS Gas SDN BHD, peninsular operation division. Hope to see u guy another 8 months. Hope kerteh tempat yang best. Huhu
Gut luck kepada semua kawan-kawan untuk final exam. GUT LUCK k. May ALLAH bless U.









wow!!!!!!
gile joli!!!!!!!
DENGKI!
haha
amboiiii… gigih ok…. dengki jugakkk… hahaha
tak pe2… huhu…
waaaa…bestnye jalan2…meriah ok..hahaha…aku pon dengki jugak..hahaha
aku xnk dengki, nk jeles jek,haha…