Debat, Kehidupan dan Realiti.

Entry kali aku nak cerita tentang satu pekara yang paling aku suka dalam kehidupan aku iaitu debat. Sejak masuk sekolah menengah aku memang aktif dalam pasukan debat. Walaupun tak pernah memenangi apa-apa gelaran namun aku berasa begitu seronok untuk berdebat. Bukan hanya kita boleh meningkatkan pelbagai kemahiran, malah ilmu pengetahuan juga dapat dipelajari.

 Lepas sekolah menengah, masuk pula alam universiti, debat memang paling best kat alam universiti ni. Setiap tahun pelbagai pertandingan debat dianjurkan oleh badan-badan kerajaan dan juga pihak swasta. Memang best la. Sejak penglibatan aku pada kali pertama debat pada tahun 2005 memang merasakan aku boleh maju dalam debat ni. Tapi malang aku tidak berupaya menjadi pendebat yang baik dan bagus. Hanya sekadar boleh bercakap dan persembahan yang sama malah lagi teruk kot.

Sepanjang hampir 3 tahun terlibat dalam dunia perdebat, banyak pekara yang aku dapat. Pertama, kawan. Kawan-kawan masa debat memang paling best. Tak tau la, mungkin jiwa dan tingkah laku yang serasi tuh kot menyebabkan aku rasa seronok bila bersama mereka ketika pertandingan dan juga diluar pertandingan.

Nie senarai kawan-kawan aku yang aku jumpa time debat dan yang paling rapat dan best!!!

  • scha-Unimap
  • Myer-MMU
  • rasyid-MMU
  • Kimie-UPNM
  • Aria-UKM

Yang lain kenal la juga, namun tak serapat kawan aku kat atas ni. hehe

Kedua, aku dapat mengelilingi semua Universiti kat malaysia. Seronok juga la, pergi ke universiti orang, boleh compared itu boleh compared ini. Tp kesimpulan yang boleh aku buat. AKU BERTUAH AKU DAPAT MASUK UTP.!!!! HEHE

Ok, Semalam dan diberikan team untuk pertandingan debat integrti yang akan berlangsung di USM jumaat ni. Kontigen UTP menghantar 2 pasukan yang terdiri daripada hairul, hazwan, siddiq, eddy dan junny, syafiq, aku dan farid.  Hope kitorang akan memberikan persembahan terbaik ketika pertandingan itu nanti.

 Debat integriti ini mungkin yang terkahir dalah siri debat dalam hidup aku nie, memang sedih kalo kita tak dapat berdebat lagi. Namun penyertaan aku  untuk debat integriti adalah untuk kali yang ketiga ini dapat memberi satu makna agar aku dapat membawa pulang sesuatu dan juga membuat persembahan yang tebaik sebelum tirai debat dalam kehidupan aku dilabuhkan dan mungkin akan ditutup selama-lamanya. Cukup lah debat selama ini, aku kene memfokuskan belajar sekarang, tak lama lagi dah nak internship dan nak berkerjaya. Aku perlu untuk memberikan komitmen kepada kehidupan aku selepas ini.

Aku rasa yakin UTP akan pergi jauh dengan ada muka muka baru yang mewarnai pentas debat UTP. Namun nasihat aku kepada semua rakan debat UTP, korang kene berubah tahap komitmen dan displin dan jangan keras kepala ingin melihat sapa hebat diantara kita. Dengar pendapat ahli pasukan dan paling penting latihan. k. Jangan rasa diri kita bagus. Banyak pekara kita gagal kuasai. k.

Gut luck semua, harap korang boleh buat yang terbaik. Kepada syafiq, siddiq, eddy, and khazwadi. hope korang belajar sesuatu dan buat perubahan. korang memang boleh. k.

 Gut luck semua!!

 

 

 

Walaupun kejayaan aku tak seberapa nak dibandingkan dengan universiti lain, namun biarlah ia menjadi satu kenangan yang indah dalam hidup ku. Terima kasih semua. InsyaAllah ada rezeki kita berjumpa lagi.

 

 

 

 

~ oleh aminur87 di Januari 30, 2008.

2 Respons to “Debat, Kehidupan dan Realiti.”

  1. terharu jap sbb nama aku ade dlm list..huhu..kalau ckp psl debat mmg best sgt2 when it comes to kwn2 yg sama giler..ak mmg x leh lupe kenangan kat UMP.x sangka sgt kite semua leh serapat tu..huhu..bg aku, team UTP antara team yg amat consistent ok dr segi performance korang..ko pun bagus jugak la..kalau slh ckit2 tuh biasala..xde kot pendebat yg all d time perfect..huhu..buat team UTP, gud lak ek..moga2 kite semua dpt berjuang bersm2..huhu

  2. hah??my name on the list..sungguhpon i never la performkan for MMU..sekadar menjadi substitute ajew..tp we still can b a gud fren kan??yup..i agree wif u debat ni best..dgr cerita2 dr myer make me excited wanna be there…papepon uols lakukan i akan tetap mendoakan yg terbaek buat uolsss…uolss is so gud frenz…sumone tat i can share wif!!hope our frenship ni berkekalan ok:0..miss you:)..c u in USM:)

Tinggalkan jawapan