Zaman kanak-kanak

 

 comel tak aku masa nieh??

hahaha. Teringat aku  masa zaman aku kecik-kecik dulu. Dulu memang best sangat. ye la, zaman kanak-kanak adalah zaman untuk bergembira. Tak payah pikir apa-apa lagi. Yang tahu kat fikiran time tuh main, main dan main. Dulu waktu aku kecil dahulu banyak jugak permainan yang dimain bersama rakan- rakan. Contoh macam main guli, daun terup, ruonders ( mcm permainan besboll tp version malaysia punya), pastuh main baling tin, main congkak, main getah, main batu seremban, main laying-layang, main basikal, memancing, mandi sungai, main nyorok-nyorok dan banyak lagi la..

 

Kalo kita terfikir tentang masa tuh, mesti kita kan rasa lucu, seronok dan rasa nak kembali zaman tuh. Disitu jugalah wujud pergaduhan, tak puas hati la dan macam-macam. Aku ni anak bongsu dalam keluarga. Jadi kalo tengah hari tak balik umah makan selalu kene jerit ngan mak aku suruh balik. Memang la masa tuh rasa tak nak balik je., Nak main lagi, tetiba lak time tuh tgh nak mencapai kemenangan lagi la rasa tak yah makan pun tak pa. Memang seharian bermain tanpa peduli waktu. Haha..

 

Rasa seronok sangat. Nak kembali pada zaman tuh kembali rasanya. Tak puas lagi bermain dan berjumpa kawan. Pada malam nya, biasa lah pergi mengaji iaitu membaca al-quran kat rumah jiran, belakang umah aku. Ada seorang makcik yang mengajar kat situ. Masa mengaji bukan dijadikan tempat bermain ok, tapi tempat mengupdate cite yang berlaku sepanjang hari itu. Contohnya macam gi memancing ke, menang main getah ke    dan membuat appointment permainan apa nak main pada hari esoknya seperti nak main kat mana, waktu dan sapa nak main. Nie macam kongsi gelap kanak-kanak la. Haha

 

Sekarang semua tuh dah jadi kenangan dalam hidup ni. Aku pun tak tau maner kawan-kawan waktu kecil aku pergi sekarang. Hanya tahu beberapa orang je. Yang lain ntah la tak tau kemana. Sedih pun ada sbb hubungan persahabatan dan terputus. Mungkin lepas aku belajar boleh lagi cari mereka. Tapi bagi aku tiada zaman yang seronok melainkan kanak-kanak sebab tak yah pikir apa benda pun Cuma dalam otak nie pikir MAIN, MAIN dan TERUS MAIN. hehehehe

~ oleh aminur87 di Januari 28, 2008.

Satu Respons to “Zaman kanak-kanak”

  1. mana gambar kau masa besar plak..tak letak pon..

Tinggalkan jawapan